Ustaz Dato' Nizam 280720

Kuliah Maghrib

• Bagi orang yang beriman yang suka akan detik pertemuannya dengan Allah SWT. Takkala dia kembali ke Rahmatullah. Begitu jugalah Allah SWT suka bertemu dengannya.

• Islam mengajar umatnya dari hal dunia ini. Kehidupan didunia ini adalah sementara. Kehidupan diakhirat adalah lebih baik berganda-ganda. Perbandingan kenikmatan hidup didunia jika dibandingkan dengan kenikmatan diakhirat sepertimana  jika dicelup jari seseorang didalam air laut. Air yang melekat dijari itu adalah nikmat dunia. Tetapi air seluruh lautan yang terbentang luas itulah nikmat akhirat.

• Nabi Allah Ibrahim AS merupakan seorang yang kuat imannya kepada Allah SWT. Apa sahaja yang diperintahkan Allah SWT dia akan mengerjakan tanpa soal. Iman yang teguh dan yakin akan pertemuannya dengan Allah SWT.

• Baginda Rasulullah SAW mengajar para sahabat dan seluruh umat mukmin supaya bersedia untuk menghadapi kematian. Detik dikembalikan kerahmatullah.

• Bagaimana keadaan seseorang menjalankan hidupnya begitu jugalah keadaan dia ketika matinya. Jika seseorang itu hidup dengan banyak melaksanakan kebajikan maka matinya juga akan didalam keadaan baik.

• Orang yang banyak melakukan kebaikan ketika menghadapi kematian, Allah SWT memperlihatkan kepadanya pintu pintu syurga.

• Kematian itu pasti. Ia datang kerana sudah sampai ajalnya.

• Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914