Ustaz Shamsuddin 120720

Kuliah Subuh

• Tanda tanda inayah (pertolongan) Allah SWT

• Inayah bererti kesannya takluk iradah. Sejak azali lagi Allah SWT telah menentukan segala apa kejadian. Pasti terjadi apa sahaja yang ditetapkan berlaku di zamannya yang ditentukan.

• Contohnya, kejadian Covid19 itu merupakan Inayah Allah SWT. Telah ditentukan berlaku pada zaman ini. Ketentuan ini telah ditetapkan sejak azali lagi.

• Saolah manusia itu tidak ada apa-apa. Jadi kenapa perlu berusaha?

• Contohnya Brazil yang langsung tidak mahu berusaha mengekang penularan Covid 19. Hanya bergantung semata-mata kepada Rahmat Allah SWT. Bezanya dengan USA yang menyatakan yang negaranya telah bersedia menghadapi Covid19. Tetapi apa yang terjadi diluar dugaan mereka.

• Orang yang beriman perlulah mengikuti ajaran yang diwahyukan didalam Al Quran dan Sunnah. Contohnya didalam menghadapi Covid19 ini wajib orang yang beriman mengikuti SOP. Kerana SOP ini disyor oleh pakar. Kaedah ini tidak bercanggah dengan syariat Islam.

• Kaedah Islam cukup cantik. Perkara yang luas didalam keadaan tertentu diizinkan untuk menyempitnya. Begitulah sebaliknya. Contohnya daging babi itu haram dimakan. Tetapi didalam suasana yang tertentu diharuskan memakannya.

• Allah SWT menentukan rahmatNYA kepada sesiapa yang dipilihnya. Rahmat Allah SWT dekat dengan orang-orang yang melakukan perbuatan yang solih.

• Sebagai seorang yang beriman hendaklah berusaha untuk menegakkan syariat Islam. Walaupun kita yakin bahawa apa sahaja yang terjadi telah ditentukan oleh Allah SWT.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914