Posts

Ustaz Rahim Nasir 300723

Kuliah Subuh • Tujuan utama orang yang beriman dijadikan Allah SWT adalah untuk beribadah kepada NYA. • Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda: الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ، وَجَنَّةُ الْكَافِرِ Maksudnya: "Dunia merupakan penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang kafir". • Bagi orang yang tidak beriman ia itu yang kafir. Hidup didunia ini adalah tempat bersenang lenang. Tidak ada peraturan yang tertentu. • Sebaliknya bagi orang yang beriman hidupnya didunia tidak bebas untuk dia melakukan apa yang dia suka. Dia hendaklah kendali hidupnya mengikut kehendak apa yang diperintahkan agama. • Orang Islam ada peraturan berpakaian. Dia hendaklah berpakaian bersih dan kemas. Serta wajib dia pakai pakaian yang menutup aurat. Ini adalah ketentuan Allah SWT. • Orang yang beriman hendaklah mereka makan makanan yang halal dan bersih. Ada peraturan makan yang halal dan yang haram. Setiap yang halal dan haram itu jelas didalam hukum. Diantara nya juga t...

Ustaz Mohd Zaki 290723

Kuliah Maghrib • Pada hari qiamat nanti manusia akan dibangkitkan di padang Mahsyar dimana matahari sebagai sejengkal daripada kepalanya. Ramai mencari cari tempat berlindung. Salah satu golongan yang akan mendapat naungan Allah SWT adalah orang yang selalu bersolat jemaah dimasjid. • Sesiapa yang berani meninggalkan solat merupakan salah satu tanda yang hatinya telah mati. Menjadi keras. Banyak ayat-ayat Al Quran membincangkan dengan hal pentingnya bersolat. Begitu juga dengan hadith-hadith Baginda Rasulullah SAW. • Solat merupakan sebagai tiang agama. Dihari akhirat kelak persoalan solat akan diselidik dahulu. Baginda Rasulullah SAW juga menekankan pendidikan agama yang utama adalah solat. • Disarankan seawal umur anak meningkat tujuh tahun dididik untuk bersembahyang. Sebaik baiknya diajak bersembahyang berjemaah. • Bersolat secara berjemaah digalakkan. Ada mahzab yang mewajibkan orang lelaki bersolat berjemaah. Walaubagaimanapun bagi mahzab Shafie dia menyatakan bahawa solat berjem...

Ustaz Abdul Halim 230723

Kuliah Maghrib • Sabda baginda SAW: "Wahai para wanita mukminah, kalian harus rajin bertasbih, bertahlil dan mensucikan nama ALLAH. Janganlah kalian lalai sehingga melupakan rahmat. Hitunglah dengan jari-jari kalian kerana semua jari itu akan ditanya dan diminta untuk bicara (ditanya pada hari akhirat kelak)." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi) • Pada hari kiamat jari dan kaki kita akan menjadi saksi keatas perbuatan kita semasa didunia ini. • Ada juga riwayat yang menyatakan bahawa juga menggunakan tasbih dsn jari kanannya untuk menghitung tsabihnya. • Rasulullah s.a.w bersabda: عن ابي سعيد الخدري يقول: أن رسول الله –صلى الله عليه وسلم- قال: من قال: رضيت بالله ربا، وبالإسلام دينا، وبمحمد –صلى الله عليه وسلم- رسولا وجبت له الجنة Maksudnya: Sesiapa mengucapkan, "Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad s.a.w sebagai Rasul" pasti dia mendapat syurga. (Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nas''i, Ibnu Majah dan lain-lain). ...

Ustaz Hafizullah 220723

Kuliah Maghrib • Jihad maksudnya kesungguhan untuk mempertahankan sesuatu atau mendaptkan sesuatu. • Orang yang beriman diperintahkan mencari wasilah kepada Allah SWT. Iaitu mencari jalan untuk berhubung dengan Allah SWT. Jangan berputus asa untuk mencari apa sahaja jalan untuk mendapat wasilah. • Orang yang beriman juga menerima segala ketentuan Allah SWT. Dia tidak akan merasa kecewa dengan segala ketentuan NYA. • Berjuang untuk melayan dengan kehendak Allah SWT melebihi melayan kehendak diri sendiri. Melawan sifat lalai daripada mengerjakan amalan yang diperintah agama. • Sesiapa yang tidak tahu apa yang dia perlu berjuang mencapai sesuatu maka dia akan terjerumus kedalam suasana yang melalaikannya. • Untuk beramal untuk melakukan kebaikan perlulah sesaorang itu menjauhkan diri daripada memberi alasan untuk tidak melakukan perkara yang baik itu dengan segera. • Sekiranya keperluan membaca Al Quran secara berterusan diusahakan. Jika ada hal yang menghalang, perlu juga dia membaca wal...

Ustaz Syukri Alam Impian 190723

Kuliah Maghrib • فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّيْنَۙ • Surah Maa'un Ayat 4. (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang. Surah Maa'un. • الَّذِيْنَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُوْنَۙ • Surah Maa'un Ayat 5. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; Surah Maa'un. • Orang yang lalai didalam solat adalah orang yang melambat-lambatkan solat kerana sibuk dengan hal ehwal dunia. • Sebagai seorang yang beriman perlulah memberi fokus didalam semua aspek bersolat. Bermula dengan wudhuk dan seterusnya. • Perlulah mengambil wudhuk mengikut hukum fiqah. Mengikut cara yang ditetapkan imam imam fiqah. Seperti Imam Shafi'e. • Hendaklah pengambilan wudhuk dilalukan dengan terbaik. Jangan dilalukan sebagai ala kadar sahaja. • Ganjaran solat itu terlalu banyak, maka setiap mukmin perlulah melakukan ibadat tersebut dengan cara yang paling terbaik. Solat yang baik akan ...

Ustaz Azman 160723

Kuliah Subuh • Taubat pada istilahnya adalah sesaorang itu kembali kepada Allah SWT setelah melalukan dosa. Memohon keampunan kepasa NYA. • Sesaorang mukmin perlu memohon taubat kepada Allah SWT keatas dosa-dosa yang lampau. • Rasa kesal atas maksiat yang dilakukan. Suci diri dari perbuatan yang lampau. Berhenti dari mengulangi peebuatan maksiat tersebut. Jika dosa dengan orang lain perlulah memohon maaf dengan nya. • Memohon maaf dengan orang lain lebih sukar. Perlu jelaskan segala apa yang tersabit dengan dosa tersebut. • Segala ibadah yang tertinggal perlulah digantikan dengan mengkadhokan segala ibadat yang tersabit. • Apa sahaja ibadah yang hendak dilakukan seorang mukmin dia tetap akan dikacau oleh syaitan. Begitu juga didalam melakukan taubat. • Azam untuk meninggalkan maksiat perlulah dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Walaupun jika perlu  perpindah randah. • Sebelum hendak melakukannya solat sunat taubat hendaklah beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali. Kemudian barulah mel...

Ustaz Hasmy Ali 150723

Kuliah Subuh • Dilarang seorang muslim:    - menyambung rambut    - menanam tatu    - merengang gigi • Merapatkan gigi dengan memakai brases tanpa ada sebab yang dibenarkan syarak hukumnya haram. Jika kerana kecacatan dan sebab kesihatan yang mengangu sebutan apabila membaca Qur'an. • Allah 'Aza wa Jalla berfirman: "Yang mereka sembah selain Allah itu tidak lain hanyalah inatsan (berhala), dan mereka tidak lain hanyalah menyembah setan yang durhaka, yang dilaknati Allah, dan (setan) itu mengatakan, 'Aku pasti akan mengambil bagian tertentu dari hamba-hamba-Mu dan pasti kusesatkan mereka, dan akan kubangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan kusuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak, (lalu mereka benar-benar memotongnya), dan akan aku suruh mereka mengubah ciptaan Allah, (lalu mereka benar-benar mengubahnya)', barangsiapa menjadikan setan sebagai pelindung selain Allah, maka sungguh, dia menderita kerugian yang merata." (QS. An-Nisa': ...