Ustaz Azman 190611
Ustaz Azman 190611 Kuliah Subuh 1. Keperluan menuntut ILMU didalam ISLAM - Fardhu A'in - Fardhu Khifayah 2. Sesaorang mukmin perlu memahami kedudukan ilmu yang hendak dipelajari. Apa keutamaan sesuatu ilmu itu. Apa yang perlu didahulukan hendaklah didahulukan. Tidaklah dituntut untuk mempelajari semua ilmu dengan serentak. Setiap ilmu haruslah difahami dengan sebenarnya. 3. Ilmu didalam ISLAM janganlah hanya dengan mengikut-ikut. Setiap orang mukmin wajib memahami ilmu, terutama ilmu fardhu ain. Contohnya sesaorang yang hendak mengerjakan ibadat haji, dia tidak boleh ikut- ikut sahaja. Kerana apabila ditanah suci kelak akan bercelaru jika dia tidak berilmu. Berkemungkinan hajinya tidak sah. 4. Setiap perbuatan didalam beribadat hendaklah difahaminya. Tahu akan nas- nas sumber hukum dan pergerakkan didalam ibadah. Ramai masyarakat hari ini beribadat tanpa ilmu. Berzikir didalam gelap sambil berdiri. Ada yang berzikir dengan meletak gambar guru mereka dihadapan, kerana mengharap tuan...