Ustaz Mohd Rafizal 040611

Ustaz Mohd Rafizal 040611
Kuliah Maghrib

1. Muhasabah diri adalah satu amalan yang penting. Kerana ia dapat mencari kekurangan sepanjang hayat kita didunia ini. Semoga kita membuat pembetulan diatas kesalahan dan dosa kita.

2. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; Bertakwalah kamu kepada Allah SWT dimana sahaja kamu berada.
- Taat dan patuh kepada arahan dan hukum Allah SWT dan Rasulullah SAW.

3. Ketika kita bangun dipagi hari, apa kah uncapan yang pertama? Bagi orang yang bertakwa ia akan berdoa "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kita sesudah mematikan, dan kehadapanNya kita akan kembali".

(Riwayat Muslim)

Alhamdulillah".Bersyukur kepada Allah SWT diatas nikmat yang diberi selepas kita bangun daripada mati kecil (tidur).

Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan (QS Az Zumar, 39:42)

Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur(mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan (QS Al An'am, 6:60)

4. Memohonlah keampunan daripada Allah SWT. Hanya didalam dua keadaan sahaja yang pintu keampunan ditutup. Yang pertama adalah ketika roh sudah sampai kehakum. Dan yang kedua adalah apabila matahari terbit disebelah barat.

5. Ciri ciri orang yang bertakwa adalah mereka sering menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.

6. Mungucapkanlah InsyaAllah apabila hendak melakukan sesuatu yang akan dijanlankan dimasa hadapan. Kerana dimasa hadapan itu bukan didalam kawalam kita. Ia hanya terjadi dengan kehendak Allah SWT.

7. Orang yang bertakwa akan melakukan kebaikan bagi menghapus dosa yang telah dilakukan. Sesiapa yang meberi salam dan bersalam dengan saudara seIslam, adalah perkara yang baik amalannya. ia mampu menghapus segala dosa kecil. Berzikir juga merupakan satu amalan yang baik.

8. Kisah kebaikan Rasulullah SAW.

Alkisah, hiduplah di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari ia lalui dengan selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Setiap pagi Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam melakukannya hingga menjelang Baginda Sallallahu'alaihi wasallam wafat. Setelah kewafatan Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta tersebut.

Suatu hari Abu Bakar, Radi-Allahu anhu, as-Siddiq berkunjung ke rumah anaknya Aisyah Radi-Allahu anha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah Radi-Allahu anha menjawab pertanyaan ayahandanya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu wahai anakku?",tanya Abu Bakar Radi-Allahu anhu. Maka Aisyah Radi-Allahu anha menjawap, "Setiap pagi Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi yang buta yang berada di sana", kata Aisyah Radi-Allahu anha.

Keesokan harinya, Abu Bakar Radi-Allahu anhu membawakan makanan dan menemui pengemis Yahudi buta tersebut. Pengemis Yahudi buta ini selalu berteriak-teriak dan berkata kepada orang yang mendekatinya. Abu Bakar Radi-Allahu anhu pun hairan, kenapa Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi wasallam memberi makan kepada orang yang menghinanya setiap hari.

"Wahai saudaraku..janganlah kalian mendekati Muhammad. Jangan sampai kalian terpedaya dengan tipu dayanya. Dia itu orang gila. Tukang sihir. Suka menyebarkan fitnah dengan agama barunya..!!" Kata-kata ini selalu meluncur dari mulutnya tiada henti setiap hari. Perkataan yang buruk yang merendahkan seorang nabi.

Sampai sahaja Abu Bakar Radi-Allahu anhu di hadapan pengemis itu lantas memberikan makanan, pengemis itu mengherdik, "Siapa kau..!!" "Aku adalah orang yang setiap hari memberi makan kamu.."

Abu Bakar Radi-Allahu anhu meyakinkan bahawa beliau adalah orang yang setiap hari memberikan ia makanan. Akan tetapi pengemis Yahudi buta itu tidak percaya kerana orang yang selalu memberinya makanan jauh lebih lembut dan lebih sabar dalam menyuapinya.

"Bukan..kamu bukan orang yang setiap hari memberiku makan..! Apabila dia kesini, aku tidak pernah kesusahan memegang makananku, aku juga tidak susah untuk memakannya bahkan dia telah meluembutkan makananku sebelum masuk ke mulutku.."

Dengan linangan air mata kerana terharu mendengar akhlak dari Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam. Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam selalu memberi makan dan menyuapi mulut dari orang yang setiap hari kata dari mulut itu hanyalah ucapan kotor dan hina yang merendahkan dan melecehkan diri-Nya. Ucapan kotor dan umpatan dibalas dengan suapan makanan dengan kasih sayang. Allahu Akhbar!

Kemudian Abu Bakar Radi-Allahu anhu menjawab "Aku memang bukan orang yang setiap hari memberimu makan. Akan tetapi, Beliau tidak akan datang lagi ke sini untuk memberimu makan.."

Mendengar hal itu, pengemis itu menangis dan berkata. "Apa salahku sehingga dia sudah tidak mahu menemuiku lagi? Sampaikan permintaan maafku sehingga dia mahu mendatangiku lagi.."

"Beliau sudah meninggalkan dunia ini dan akulah yang akan menggantikan Beliau. Aku adalah Abu Bakar Radi-Allahu anhu sahabat Muhammad Sallallahu'alaihi wasallam. Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi wasallam adalah orang yang setiap hari menyuapimu.."

Seketika itu juga linangan air mata pengemis Yahudi buta makin deras membasahi pipinya lantas dia menyesal kerana orang yang selama ini diumpat dan dilecehkan harga dirinya adalah orang yang setiap hari dengan sabar menyuapinya. Saat itu juga, pengemis itu mengucapkan dua kalimat Syahadah dan masuk Islam di hadapan Abu Bakar Radi-Allahu anhu.

http://www.alhikmahsj.com/sunnah/kemulian-akhlak-nabi-sallallahualaihi-wasallam-untuk-dicontohi

9. Orang yang bertakwa berusaha supaya memperbaiki silaturrahim dengan jiran mereka. Bersangka baik dengan mereka.

10. Memaafkan orang yang menzalimi mereka. Begitulah sifat orang yang bertakwa. Mereka tahu bahawa nikmat Allah SWT ini sungguh luas.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914