Ustaz Nizam 17/06/11

Ustaz Nizam 17/06/11
Kuliah Maghrib

1. Pada kebiasan ramai orang yang kuat mengamalkan ilmu tasauf akan menjauhi diri daripada hal ehwal duniWi. Bagaimana jika ia memperolihi harta duniawi yang banyak? Jadi apakah adap kepada orang yang mengamalkan ilmu tasauf itu menghadapi kekayaan duniawinya?

2. Didalam Al Quran ada dibicara:
- kebaikan harta duniawi
- keburukkan harta duniawi

3. Surah Al Humazah, mencela orang yang mengumpul quraan. Mereka ingat bahawa harta itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka.

4. Rasulullah SAW menyatakan setaip anak Adam akan ditanya dua perkara mengenai harta.
- bagaimana kita mendapat harta duniawai? Adakah halal ataupun haram.
- macamana harta itu dibelanjakan?

5. Harta yang memberi kebaikkan adalah;
- yang dibelanjakan dijalan yang baik.
- yang dibayarkan zakat


6. Ada sebuah hadis yang menyatakan bahawa Abdul Rahman Al Auf merupakan sahabat yang lambat memasuki syurga. Malah ada hadis yang menyatakan bahawa dia memasiki syurga dengan merangkak. Ada ulama yang menyatakan bahawa hadis itu adalah lemah.

7. Kehebatan didunia adalah dengan harta. Tetapi kehebatan diakhirat adalah dengan amal soleh.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914