Ustaz Zaid 270511
Kuliah Maghrib
1. Kejayaan didalam Islam
- Didunia mendapat ketenangan
- Diakhirat mendapat kesenangan
2. Muhasabah
- Mempengaruhi diri kita sendiri
- Membawa kepada kejayaan
3. Indeks Kejayaan Diri - Surah Al Mukminun
Bismillahi al-Rahmani al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
23-1: Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman.
23-2: (Iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya.
23-3: Dan orang yang menjauhkan diri daripada yang sia-sia.
23-4: Dan orang yang menunaikan zakat.
23-5: Dan orang yang menjaga kemaluannya.
23-6: Kecuali terhadap isterinya atau hambanya; maka tiadalah tercela.
23-7: Sesiapa mencari selain yang demikian itu, maka merekalah orang yang melampaui batas.
23-8: Dan orang yang memelihara amanah dan janjinya.
23-9: Dan orang yang memelihara solatnya.
23-10: Mereka itulah yang akan mewarisi,
23-11: Yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
4. Solat yang khusyuk
- kenapa ramai yang bersolat tetapi tidak khusyuk didalam solatnya? Salah satu adalah kerana kurang ilmu.
5. Perbuatan Sia- sia
- Jauhkan daripada perbuatan yang sia-sia
Wassalam
Comments