Ustaz Rahmatullah 170511

Ustaz Rahmatullah 170511
Kuliah Maghrib

1. Disunatkan membaca Bismillah.... Pada permulaan mengambil wudhu'. Jika terlupa bacalah Bismillah...

2. Selepas berwudhu disunatkan membaca doa. Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))

3. Sekiranya bertembung doa selepas azan dengan doa habis wudhu, maka doa selepas wudhu didahulukan.

4. Allah SWT tidak menerima solat sesaorang jika tidak berwudhu'. Dan Allah SWT tidak akan menerima sedekah daripada harta khianat.

5. Apabila hendak kemasjid membacalah doa...Setiap langkah mendapat ganjaran.

6. Allah SWT suka kepada orang yang suka berjemaah dimasjid. Diberi ganjaran hidangan didalam syurga.

7. Sesiapa yang berpegang terus dengan Al Quraan akan mendapat
Petunjjuk kejalan yang benar.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914