Ustaz Othman Hamzah 300511

Ustaz Othman Hamzah 300511
Kuliah Maghrib

1. Orang yang berkecimpung dengan Riba, bagaikan berperang dengan Rasulullah SAW dan Allah SWT

Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba, jika kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah': 278-279)

2. Dosa orang yang melakukan riba, samalah dosa orang yang berzina denagn ibu kandungnya dihadapan Kaabah.

3. Sesiapa yang makan riba, dia akan dibangkitkan diakhirat seperti orang yang disampok oleh iblis dan syaitan.

"Orang memakan riba atau mengambilnya, ia tidak dapat berdiri (hidup) melainkan keadaan seperti orang yang dirasuk syaitan atau macam orang gila (kehilangan akal)". (Surah al-Baqarah : Ayat 275)

4. Tidak akan ada keberkatan bagi orang yang memakan riba

5. Sedekat orang yang sedemikian tidak diterima Allah SWT. Begitu juga dengan hasil daripada riba tidak akan mendapat barakah.

6. Orang yang kaya didunia tetapi bercampur dengan riba, maka miskinlah dia diakhirat nanti

7. Orang yang berenang didalam lautan darah, sambil memakan batu. Itulah apa yang dilihat oleh Rasulullah SAW semasa di Isra' dan Mikraj.

8. Jenis Riba
- pertukaran benda yang sama tetapi tidak sama sukatannya
- membayar dengan harga tertangguh yang lebih daripada membayar tunai

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914