Ustaz Redzuan 130511

Ustaz Redzuan 130511
Kuliah Maghrib

1. Orang yang beriman itu sentiasa bertaqwa kepada Allah 
- ت = takut kepada Allah SWT
- ق = Qanaah, terima seadanya
- و = Wara' , tidak mengambil dengan perkara perkara syubhah
- ي = Yakin

2. Orang bertaqwa adalah mereka yang berjaya didunia dan diakhirat. 

3. Hari ini ramai orang Islam tidak memperaktikkan agama. Mereka merupakan orang yang tidak bertaqwa. Hanya segolongan kecil sahaja yang bertaqwa. Oleh sebab itulah ramai masyarakat Islam itu lemah, tidak berjaya

4. Tetapi janji Allah SWT tetap benar. Akan ada golongan yang akan memperjuangkan risalah Nabi Muhammad SAW. Mereka akan meneruskan dakwah Islamiah. Naik Jatuh merupakan lumrah kepada golongan ini.

5. Sejarah juga telah menunjukkan betapa masyarakat Islam jatuh. Ada yang dibunuh dengan zalim seperti apa yang berlaku di Andulisia. Islam tetap wujud, hinggalah kehari ini.

6. Pastilah Islam itu akan bangkit hinggalah kesatu detik yang ditetapkan Allah SWT. Apabila saat itu tiba, maka dunia ini pun akan kiamat.

7. Bagi orang yang beriman harus bertanya adakah kita merupakan orang yang membela agama Allah ini. 

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914