Ustaz Ghazali Hasbullah 290511

Ustaz Ghazali Hasbullah 290511
Kuliah Maghrib

1. Allah SWT sifatnya sentiasa BERKUASA. Sifat ini wajib bagi NYA.

2. Pada hari ini ramai manusia tidak yakin kepada sifat yang Allah SWT sahaja yang berkuasa. Tidak ada bersekutu dengan NYA. Malah jauh sekali bahawa manusia itu mempunyai kuasa bersamaan atau setanding dengan kuasa Allah SWT.

3. Secara praktiknya kita dapat lihat didalam kehidupan manusia mereka telah meletak manusia atau benda lain yankg mempunyai kuasa. Kadang kala mereka yakin yang kuasa kuasa manusia atau negara itu setanding dengan kuasa Allah SWT.

4. Orang orang yang beriman yang hatinya bersih dapat beritiqat bahawa Allah SWT sahajalah yang berkuasa. KuasaNYA tidak ada tandingannya di alam semesta. Dari dahulu hingalah bila- bila.

5. Bagi orang kafir mereka tidak akan nampak kesan kekusaan Allah SWT. Tetapi lainnya dengan orang orang yang beriman mereka yakin dan nampak akan kesan kekuasaan Allah SWT.

6. Kekuasaan Allah SWT kuasaNYA dapat dirasa oleh hati. Maka pentinglah bagi orang orang yang beriman membersihkan hati mereka.

7. Penafian bahawa Allah SWT sahajalah yang berkuasa, maka hukumnya gugurlah syahadahnya.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914