Ustaz Jefri 180611

Ustaz Jefri 180611
Kuliah Maghrib

1. Sebelum Rasulullah SAW dijalankan semasa peristiwa ISRAK MIKRAJ baginda disucikan oleh malaikat Jibrail dan MIkail. Dibedah baginda untuk mensucikan sistem dirinya. Sebagai persiapan untuk Allah SWT menjalankan baginda disatu perjalanan yang luar biasa. Secara fizikal dan rohaniah.

2. Sebagai seorang muslim, apabila kita mengerjakan solat hendaklah kita mengingati Allah SWT. Merasakan kebesaran Allah SWT. Sebagaimana luar biasanya anugerahNYA kepada Rasulullah SAW didalam peristiwa Israk dan Mikraj.

3. Nikmat yang dianugerahkan Allah SWT kepada orang Islam adalah nikmat Iman. Maka ramailah orang yang memusuhi Islam merasa dengki kepada orang mukmin. Banyak perbuatan menindas yang dilakukan keatas orang yang beriman.

4. Rasulullah SAW melalui banyak dugaan didalam menjalankan tugas baginda. Baginda tetap bersabar. Perjalanan israk mikraj memberi satu pengalaman kepada baginda akan betapa besarnya kebesaran Allah SWT. Ini menguatkan iman baginda serta melebihkan baginda dengan sifat sabar yang tiada bandingannya. Maka orang mukmin harus mengambil contoh akan akhlak baginda yang cukup bersabar menghadapi ujian Allah SWT semasa menjalankan amanah kerja kerja mengembangkan syiar Islam.

5. Semasa solat hendaklah dibersihkan hati untuk khusuk tumpuan kita kepada Allah SWT. Jauhkan diri akan kecintaan kepada dunia.

"Allah s.w.t tidak memandang kepada sembahyang seorang lelaki yang mengerjakan tanpa kehadiran hati berserta gerak badannya." (Hadith)

Berkata 'ulama':

"Sembahyang itu adalah urusan akhirat, maka kamu masuk menunaikannya (bererti) kamu telah keluar dari dunia."

Al-Hassan Al-Basri meriwayatkan:

"Setiap sembahyang yang tidak disertai kehadiran hati, maka ia adalah lebih hampir kepada seksaan."

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914