Ustaz Ismail Fatoni 300918
Kuliah Maghrib ✓ Sesaorang makmum untuk mengikuti seorang imam perlulah dia mematuhi syarat-syarat yang tertentu. ✓ Makmum perlulah mengetahui didalam solat ada yang rukun dan ada yang sunat ✓ Sebagai makmum apabila didalam perkara yang sunat maka janganlah dia melakukan sesuatu perbuatan sunat yang tidak mengikut imam (menyalahi imam) ✓ Contohnya didalam solat ada sujud tilawah. Perkara ini adalah sunat. Didalam sembahyang berjemaah, seorang makmum wajib mengikut imam. Sekiranya imam sujud, hendaklah dia sujud. Tetapi sekiranya imam terlupa untuk sujud tilawah, maka makmum juga kenalah ikut imam, tidak mengerjakan sujud tersebut. ✓ Sebaliknya didalam bab sujud sahwi. Jika imam mengerjakan maka wajib makmum mengikuti imam. Tetapi jika imam tidak melakukan sujud sahwi, maka makmum dibolehkan melakukan sujud sahwi selepas imam memberi salam. ✓ Didalam tahayat awal jika seorang imam terlupa. Ia itu dia bangun selepas sujud tanpa membaca tahayat awal. Maka ma...