Ustaz Shamsuddin 120317

Kuliah Subuh
Masjid Al Huda
Shah Alam

Orang yang beriman hendaklah yakin bahawa apa yang terjadi didalam alam ini mengikut ketentuan Allah SWT.

Maka layaklah sesaorang hamba itu memohon sesuatu perkara yang baik kepada Allah SWT dengan rajin sekali.

Tercatit didalam Al-Quran sekirnya sesaorang hamba itu memohon kepada NYA maka akan diperkenankan permobonan itu.

Perlulah sesaorang hamba itu selalu berdoa kepada Allah SWT sebagai hubungan erat diantara seorang hamba dengan Tuhan yang maha kuasa.

Sesaorang hamba yang selalu berdoa kepada Allah SWT menunjukkan bahawa dia seorang hamba yang rendah dan hina mengharap sesuatu kepada Yang Maha Kuasa, Raja sekalian Makhluk, Pencipta Alam ini.

Seorang yang berdoa hendaklah merasa dirinya fakir dan mengharap sangat bantuan Penciptanya yang Maha Pemurah dan Maha penyayang mengikut ketentuan NYA.

Ketetapan yang diberikan Allah SWT kepada seorang hamba yang selalu meminta kepada NYA adalah yang terbaik dan yang paling layak pada waktu itu. Walaupun mungkin yang lain daripada yang dipohonkan.

Seorang hamba hendaklah yakin bahawa apa pun yang didoakan akan dimakbulkan Allah SWT. Hanya apa yang diberikan mungkin tidaklah apa yang dihajatkan hamba itu. Tetapi yang diberikan itulah yang terbaik...

Doa yang terbaik adalah memohon secara umum dan meminta keampunan Allah SWT dan keselamatan dunia dan akhirat.

Tanda Allah SWT menyayangi seseorang adalah diberinya ujian. Dan jika hamba itu berdoa Allah SWT mendengar dan memberi hajat hamba itu.

Wassalam






Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914