Ustaz Nazri 100918

Kuliah Subuh

1) seorang yang sudah lambat mengikut imam, perlulah dia membaca surah Al Fathihah sekadar mana ia dapat sebelum iman rukuk
2) Jika seseorang itu masuk solat berjemaah. Imam sudah rukuk. Dia tetap kena ikut pergerakan imam, tetapi dia tidak mendapat rakaat tersebut. Apabila iman memberi salam dia kenalah teruskan solatnya menghabiskan rakaat yang tertinggal.
3) Didalam satu keadaan dimana seorang hendak solat fardhu. Dia masuk berjemaah dengan seorang yang solat sunat. Adakah di bolehkah? Ya dia dibolehkan....
4) Imam sedang membaca tahiyat awal dirakaat yang kedua, seseorang masuk berjemaah. Imam bangun untuk rakaat ketiga. Makmum tidak perlu menghabiskan bacaan tahiyat, dia hendaklah bangun mengikut imam.
5) Tetapi jika seseorang masuk berjemaah diwaktu imam sedang membaca tahiyat akhir. Dia belum habis membaca tahiyat imam sudah memberi salam, perlulah dihabiskan membaca tahiyat sehingga habis, kemudian barulah dia bangun teruskan solatnya.
6) Diperingatkan bahawa seseorang dilarang melalui dihadapan orang yang sedang bersolat. Haram hukumnya.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914