Ustaz Azman 160918

Kuliah Subuh

1. Iman pada bahasa adalah membenarkan sesuatu didalam hati, tasdiq.
2. Pada syariat iman adalah hati membenarkan segala apa yang dibawa Rasulullah SAW dengan pengetahuan yang dharuri tanpa apa apa dalil.
3. Melafaz dua kalimah syahadah itu belum lagi hakikat iman. Melafaz itu hanya syarat untuk melakukan segala hukum Islam.
4. Iman itu meliputi yang zahir dan tasdiq didalam hatinya. Zahir apabila dia melafazkan dua kalimah syahadah. Tasdiq didalam hati akan apa yang dibawa Rasulullah SAW.
5. Orang yang tidak pernah melafazkan syahadah tetapi didalam hati dia membenarkan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Ulama' menyatakan orang sedemikian adalah mukmin secara batin. Pada hakikatnya dia secara zahir tidak beriman. Tetapi dia diakhirat kelak ditakrifkan seorang mukmin, boleh juga dia memasuki syurga.
6. Sebaliknya jika sesaorang yang secara zahirnya mukmin. Tetapi didalam hatinya dia tidak mempercayai seluruhnya ajaran Rasulullah SAW. Didunia dilakukan oleh orang mukmin sebagai seorang Islam. Tetapi diakhirat dia masuk neraka selamanya.
7. Tetapi jika sesaorang telah nyata perbuatannya melakukan sesuatu yang menggugurkan syahadahnya bolehlah dia dikategorikan sebagai kufur. Seperti dia menghina Al Quran, menyembah benda selain daripada Allah SWT.
8. Bagi seorang mukmin perlulah kita berwaspada apabila menghukum seseorang itu kafir. Adalah lebih baik menasihat sahaja orang tersebut daripada menghukum dia bukan mukmin.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914