Ustaz Yahaya 290918

Kuliah Maghrib
Masjid Al Huda Shah Alam

✓ Ilmu syariat merupakan asas didalam ilmu agama Islam. Struktur asas manusia beragama Islam.

✓ Ilmu tariqat merupakan ilmu untuk orang mukmin menjalankan segala kewajipan dengan penuh fokus dan motivasi

✓ Setelah mencapai kompetensi didalam kedua dua cabang ilmu barulah sesaorang itu dapat menkecapi ketenangan dan ketenteraman didalam kehidupan didunia ini. Tercapailah outcome kehidupan mukmin supaya membawa bekalan yang cukup untuk meneruskan hidup kealam yang seterusnya, hinggalah sampai dihari perhitungan.

✓ Tasawuf merupakan ilmu dan amalan yang dapat mendekatkan diri dan roh sesaorang mukmin itu dengan Allah SWT. Supaya roh itu dapat mencapai tahap ketenangan semasa ia kembali kepada penciptanya.

✓ Orang yang beriman serta memahami hakikat sebenar hidup dialam ini dapat menundukkan hawa nafsu dan godaan iblis dan syaitan. Kepentingan ilmu tasawuf dan amalan nya dapat menyelamatkan manusia daripada diperdayakan oleh nafsu dan iblis & syaitan.

✓ Kejayaan hidup diakhirat kelak diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya mengikut rahmat NYA bukan diatas amalan hamba itu. Dengan itu sesaorang mukmin hendaklah ikhlas didalam menunaikan ibadah kepada Allah SWT.

✓ Jika seseorang itu melakukan amal ibadat tidak ikhlas tetapi hendak dipuji manusia, maka ibadah tersebut tertolak. Perbuatan tersebut dapat membawa seseorang itu kedalaman kancah syirik.

✓ Nafsu sentiasa memujuk seseorang itu melakukan sesuatu untuk dipuji serta mendapat ganjaran kesenangan hidup didunia. Berbagai helah dilakukan. Orang yang dapat memenangi keatas godaan nafsu ini adalah dengan mempunyai ilmu tasawuf yang secukupnya serta beramal dengannya.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914