Ustaz Firdaus 080918

Kuliah Subuh

1) Pada tahun ke 9 Rasulullah SAW menjalankan tugas mengajak manusia kembali kepada fitrah agama Allah SWT merupakan tahun yang sedih. Baginda kehilangan isterinya dan juga bapak saudaranya. Manusia yang memberi sokongan kuat kepada baginda.
2) Berbagai peristiwa yang menguji akan keimanan baginda. Begitu juga dengan para sahabat baginda.
3) Boikot ekonomi masih dikuatkuasakan oleh pihak pemimpin kafir Mekah yang berlarutan selama tiga tahun. Memang cukup mencabar pada pihak orang mukmin. Makanan dan bekalan harian susah untuk mendapat nya.
4) Para sahabat yakin akan pertolongan Allah SWT. Yakin yang kesusahan ini akan dibalas dengan sesuatu yang baik. Pertolongan Allah SWT pasti akan datang untuk membantu orang-orang yang beriman.
5) Para sahabat dan orang-orang yang beriman yang lain dapat bertahan dengan berbagai ujian kerana mencontohi akan kepimpinan yang hebat, Rasulullah SAW.
6) Akhlak baginda yang tinggi bukan sahaja diiktiraf oleh sahabat tetapi juga diakui oleh musuhnya.
7) Para sahabat menghadapi ujian yang cukup kuat dengan berbagai tekanan pihak musuh secara fizikal dan rohani. Mereka bertahan adalah kerana rasa tanggungjawab untuk memelihara kesucian agama Islam. Mereka juga yakin pada hari akhirat kelak akan dipersoalkan serta dibalas oleh Allah SWT.
8) Al Qur'an menjadi sumber kekuatan dalam menghadapi ujian.
9) Berita gembira akan kemenangan yang akan datang menjadi satu motivasi yang cukup kuat.
Wassalam.


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914