Ustaz Shamsuddin 170617, Kuliah Subuh, Masjid Al Huda, Shah Alam

Orang yang beriman hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT.

Sebagai hamba perlulah mempunyai rasa rendah diri dan takut kepada NYA. Adab perlu dijaga ketika berhadapan dengan ketetapan Allah SWT.

Sekira seorang mukmin berhadapan dengan ujian maka perlulah ia menerimanya dengan berlapang dada. Jangan dipersoalkan kenapa diri kita yang diuji. Bukan orang lain. Kehendak Allah SWT tidak boleh dipersoalkan. Kerana perbuatan itu seperti manusia yang tidak bersopan dengan NYA.

Yakin bahawa setiap ketetapkan yang terjadi keatas diri kita adalah baik. Hanya kadang kala kita yang tidak dapat memahami hakikatnya.

Dikhuatiri bila kita mempersoalkan ketetapan Allah SWT seolah kita tidak lagi merasakan diri seorang hamba NYA.

Semasa berdoa kepada Allah SWT perlulah menjaga adab. Jangan doa tersebut seakan kita memberi arahan kepada NYA.

Jangan berputus asa ketika berdoa. Walaupun tidak nampak makbulnya doa tersebut. Mustajabnya doa kita bukanlah dinilai dari sudut kotak fikir manusia. Kerana manusia tidak dapat memahami hakikat sebenar keadaan yang terjadi keatas dirinya.

Sebagai contoh, seorang hamba memohon kepada Allah SWT melapangkan pintu rezekinya. Tetapi dia dianugerahkan Allah SWT kesihatan yang baik, bukan rezeki yang melimpah. Hakikatnya dengan kesihatan yang baik hamba itu dapat menjalankan tugas dan usahanya dengan lebih baik yang akhirnya membawa rezeki yang melimpah. Didalam ruang lingkup masa yang panjang doa tersebut dimakbulkan. Perlulah bersangka baik kepada Allah SWT.

Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914