Ustaz Ismail Fatoni 300918

Kuliah Maghrib

✓ Sesaorang makmum untuk mengikuti seorang imam perlulah dia mematuhi syarat-syarat yang tertentu.

✓ Makmum perlulah mengetahui didalam solat ada yang rukun dan ada yang sunat

✓ Sebagai makmum apabila didalam perkara yang sunat maka janganlah dia melakukan sesuatu perbuatan sunat yang tidak mengikut imam (menyalahi imam)

✓ Contohnya didalam solat ada sujud tilawah. Perkara ini adalah sunat. Didalam sembahyang berjemaah, seorang makmum wajib mengikut imam. Sekiranya imam sujud, hendaklah dia sujud. Tetapi sekiranya imam terlupa untuk sujud tilawah, maka makmum juga kenalah ikut imam, tidak mengerjakan sujud tersebut.

✓ Sebaliknya didalam bab sujud sahwi. Jika imam mengerjakan maka wajib makmum mengikuti imam. Tetapi jika imam tidak melakukan sujud sahwi, maka makmum dibolehkan melakukan sujud sahwi selepas imam memberi salam.

✓  Didalam tahayat awal jika seorang imam terlupa. Ia itu dia bangun selepas sujud tanpa membaca tahayat awal. Maka makmum juga hendaklah dia bangun mengikut imam. Tetapi sekiranya didalam situasi dimana makmum terlupa, dia bangun walhal imam masih duduk membaca tahayat. Ini dibolehkan. Makmum ada pilihan samada hendak teruskan solat dengan membaca Fathihah. Kemudian dia menunggu imam untuk meneruskan solat. Atau makmum turun semula mengikut imam membaca tahayat.

✓ Didalam bab doa qunut. Makmum ada pilihan sama ada dia mengikut imam membacanya  atau pun dia terus sujud. Tunggu imam didalam sujudnya.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914