Ustaz Shamsuddin 180317

Kuliah Subuh
Masjid Al Huda
Shah Alam

Orang yang beriman hendaklah sentiasa meningkatkan darjat imannya. Mengenali Allah SWT adalah tingkatan yang tinggi didalam ilmu tauhid

Al 'arif billah itu tidak akan hilang keadaan dhorurotnya (kesulitan dan selalu butuh kepada Allah), dan akhir dari semua cita-cita atau harapannya selalu bersama Allah tidak yang lain-Nya

Sesaorang yang telah sampai ketahap Arif Billah sentiasa hidup didalam keadaan berhajat kepada Allah SWT. Hatinya hanya mengharapkan pertolongan Illahi.

Sebaliknya orang awam ada masa dia ingat kepada Allah SWT. Ada masa dia alpa kepada NYA. Semasa susah ramai yang mengharapkan pertolongan Allah SWT, tetapi apabila senang ramai yang lalai mengingati NYA.

Arif Billah dengan ilmu dan imannya sentiasa mengigati Allah SWT. Dia mengenal dirinya sebagai seorang hamba yang lemah. Tidak ada daya dan upayanya melainkan dengan pertolongan Allah SWT.

Apabila hati sesaorang sentiasa mengingati Allah SWT (Arif Billah) maka akan mesra dia dengan penciptanya. Cintanya kepada Illahi mengatasi cintanya kepada yang lain.

Jiwa seorang Arif Billah takut hanya kepada Allah SWT. Tidak takut kepada makhluk. Tidak risau akan apa yang diancam oleh makhluk, malah tidak takut dengan mati. Baginya hidup dan matinya hanyalah kepada Allah SWT...

Keluhuran hati sesaorang yang beriman hendaklah hanya kepada Allah SWT. Hidup didunia ini hendaklah sentiasa mengikut kehendak Allah SWT yang dicontohi oleh Rasulullah SAW. Setiap ruang lingkup kehidupan didunia ini hanyalah beribadat kepada NYA...

Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914