Ustaz Rahmatullah 100918

Kuliah Maghrib
Masjid Al Huda Shah Alam

• Manusia berbeza. Hati mereka juga berbeza mengikut amalan nya.
• Orang Alim banyak memuji Allah SWT. Mengharap ganjaran daripada NYA
• Orang yang Zuhud banyak memohon doa kepada Allah SWT
• Bagi seorang mukmin perlulah selalu memuji dan memohon bantuan Allah SWT
• Penyakit hati membawa masalah kepada jiwa sesaorang mukmin. Wajib mempelajari akan penyakit hati, kerana ia senang untuk menyerang sesaorang.
• Barang siapa yang menyangka bahawa dia mempunyai penolong lebih hebat daripada Allah SWT. Maka ia belum mengenal Allah SWT.
• Barang siapa yang menyangka ada perkara yang lebih jahat daripada hawa nafsunya. Maka ia belum mengenal dirinya.
• Musuh utama manusia adalah iblis dan nafsu amarah. Maka dengan itu penting mendidik nafsu supaya ia tidak mengikut bisikan iblis.
• Dihari tahun baru ini hendaklah sesaorang mukmin berazam agar mempertingkatkan iman dan amal.
• Selepas mengerjakan solat hendaklah sesaorang itu berzikir. Mengikut zikir yang dilakukan Rasulullah SAW. Zikir tersebut akan menghapuskan dosa sebanyak buih di lautan.
• Setiap hari digalakkan mengerjakan solat sunat. 10 rakaat. Solat sunat sebelum subuh, sebelum dan selepas zuhur, selepas maghrib, selepas isya'.
• Solat sunat witir juga digalak untuk melakukan. Kerana Rasulullah SAW tidak meninggalkan.
• Selalulah memberi sedekah secara istiqamah, walaupun sedikit.
• Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914