Posts

Takbir Aidil Fitri

Image
Tuan imam masjid Al Huda Shah Alam, Tuan Haji Abdullah sedang memimpin bacaan takbir aidil fitri pada malam raya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Abdul Halim 280908

Image
Kuliah subuh yang di sampailkan oleh Ustaz Abd Halim daripada JAIS . Tajuk kuliyah adalah mengenai sifat pemurah meinfaqkan harta benda . • Allah SWT telah berfirman yang bermaksud. Apa sahaja yg telah kamu infaqkan, maka Allah SWT akan tukarkan menjadi kesejahteraan kepada diri kamu sendiri. • Begitulah didalam beberapa ayat Al Quran apa sahaja kebaikan yang dikerjakan maka kamulah yang akan mendapat kenikmatannya. • Janji Allah SWT bahawa jika kita membelanjakan harta kejalan Allah , maka IA akan mencukupkan kehendak manusia. Sama ada dengan mencukupkan keperluan ekonomi, kesejahteraan hidup, kesihatan dan sebagainya. • Allah SWT mengetahui akan benda yang kita infaqkan. Tidak mengira perkara itu besar ataupun kecil. • Para Nabi dan Rasul mempercayai akan janji Allah SWT. Mereka yakin akan kekuasaan dan rahmat tuhan. Jadi mereka telah sanggup menghadapi kesusahan dan ujian didalam menjalankan perintahNya. Contohnya adalah bagaimana Nabi Ibrahim menjalankan perintah Allah SWT denga...

Ustaz Azwan 270908

Image
Kuliyah disampaikan oleh Ustaz Azwan. • Para sahabat apabila sampai kepenghujung Ramadan akan merasa sedih . Kerana selepas Ramadan ini belum tentu mereka akan menemuinya dimasa hadapan. • Rasulullah SAW menyatakan yang dihari akhirat orang yang memasuki syurga adalah dengan rahmat Allah SWT. Para sahabat yang mendengar merasa hairan. Mereka bertanya Rasulullah SAW sama ada baginda yang banyak ibadahnya memasuki surga dengan rahmat Allah SWT. Baginda juga manyatakan yang dia juga tidak akan memasuki syurga melainkan dengan rahmat Allah SWT. • Bulan Ramadhan inilah tempat kita menimba rahmat Allah SWT dengan sebanyak- banyaknya. Malah sepuluh hari pertama adalah janji Allah SWT supaya sesiapa yang berpuasa dan menyerjakan amalan soleh akan memperolihi rahmat Nya . Dan diakhir sepuluh hari Ramadan Allah SWT menjanjikan terhindar daripada api neraka. • Pada bulan Ramadhan ini juga para sahabat berperang dan berjihad didalam perang Badar. Begitulah pembukaan Kota Mekah berlaku dida...

Ustaz Zaid 260908

Image
Kuliah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Zaid yang membincangkan mengenai fasa ke-3 ibadah puasa Ramadhan. Ramadhan adalah satu model untuk membentuk manusia yang bertaqwa. Al Quran surah Al BaQarah ayat 183 menceritakan yang demikian. Mukmin yang kuat (fizikal, intelek, rohani, emosi) dan beramanah adalah orang yang bertaqwa. Apabila sesaorang mukmin yang mempunyai 'mindset' yang sentiasa takut kepada Allah SWT ' God Mindset ' dia akan membentuk nilai dan sikap yang akan membinanya sebagai manusia yang hebat. Excellence. Berpuasa mendidik menundukkan NAFSU . Tidak ada cara yang lebih berkesan. Kekuatan intelek dan sokongan emosi yang positif belum dapat membina manusia yang excellent. Melainkan nafsu juga dikawal supaya yang negatif itu dapat tundukkan. Inilah kekuatan spiritual. Orang yang berpuasa hanya dapat mencapai tahap taqwa jika dia mempunyai tahap keimanan yang kuat. IMAN> PUASA> TAQWA. Maka jika kita tiap- tiap tahun mengerjakan puasa tetapi masih...

YB Khalid Samad 230908

Image
YB Khalid Samad sedang memberi tazkirah selepas membuka puasa dan solat Maghrib. Tajuk tazkirah berkisar diatas tajuk ciri ciri orang yg bertaqwa.

Ustaz Othman Abdullah 210908

Image
Kehidupan ini adalah satu nikmat. Satu peluang. Satu ruang untuk memperhambakan diri kepada llahi. Ingatlah yang Allah SWT menjadikan manusia untuk menyembahNya. Rahmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada hambaNya tidak dapat dihitungkan oleh manusia. Macam macam nikmat yang diberikan untuk membebaskan diri daripada api neraka. KeampunaNya, RahmahNya dan HidayahNya. Salah satu rahmatNya adalah sepuluh hari terakhir daripada bulan Ramadhan. Yang dikhususkan untuk menghindarkan manusia daripada api neraka. Tidak ada agama didunia ini yang setanding dengan Islam. Setiap ibadatnya mempunyai kesan yang baik untuk mempertingkatkan darjat manusia melebihi kejadian hamba Allah SWT yang lain. Begitulah ibadah di bulan Ramadhan. Ianya menjadi sebagai madrasah untuk melatih diri mengharungi hidup sebagai seorang yang bertaqwa sepanjang tahun. Berpuasa, solat, sedekah, zakat dan hadzir kemajlis ilmu sebagai 'training' diri untuk mencapai 'high performance standard' serta t...

Ustaz Azman 210908

Image
Kuliah subuh di Masjid Al Huda yang disampaikan oleh Ustaz Azman. Tajuk kuliah adalah TAKUT KPD ALLAH SWT. Tercatit satu kisah dizaman Khalifah Saidina Omar. Satu ketika khalifah berjumpa dengan saorang pengembala kambing yang sedang menjaga kambing tuannya. Diminta supaya penjaga ini menjual beberapa ekor kambing. Sipenjaga ini enggan. Khalifah menyatakan bahawa tuannya tidak nampak dan jumlah kambing yang begitu banyak manalah tuan nya perasan. Khalifah terkejut mendengar jawapan penjaga kambing, " walaupun tuan aku tidak nampak tetapi Allah SWT tetap melihat". Serta dinyatakan lagi " saya tidak takut kepada tuan kambing ataupun khalifah, tetapi takut kepada Allah SWT sahaja". Didalam mengendalikan hidup kita dan keluarga, akan menghadapi berbagai konflik untuk mempraktiskan kehendak agama. Kerana kita takut kepada banyak perkara selain daripada takut kepada Allah SWT. Kita sanggup membelakangi perintah Allah SWT semata-mata takut dicaci oleh manusia yang tidak be...