Posts

Ustaz Ibnu Hubain 290419

Kuliah Maghrib ✓ Tidak lama lagi umat mukmin akan menunaikan ibadah puasa Ramadhan ✓ Difardukan bagi umat Islam berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. ✓ Dibulan Ramadhan janganlah melakukan ibadah di bulan itu sahaja. Sebaiknya segala amalan perlulah di teruskan Dibulan yang lain. Ibadah yang dimaksudkan selain daripada berpuasa seperti membaca Qur'an, menutup aurat, bersolat jemaah, sedekah dsn ✓ Perbanyakkan jemaah masjid bersembahyang sunat tarawih hingga ke akhir bulan Ramadhan. Janganlah di pertengahan bulan masjid telah hilang separuh bilangan jemaah. ✓ Apabila pergi ke masjid hendaklah memakai pakaian dengan kemas dan bersih. Janganlah bila hendak ketempat kerja memakai pakaian yang kemas, tetapi apabila kemasjid pakaiannya tidak kemas. ✓ Digalakkan Dibulan Ramadhan memberi sedekah kepada yang memerlukan. Kerana dibulan Ramadhan segala ibadah digandakan pahalanya. ✓ Bertadarus Al Quran juga digalakkan Dibulan Ramadhan ini. ✓ Wassalam

Ustaz Abdul Halim 280419

Kuliah Subuh ✓ Iblis laknatullah bersumpah diatas kemuliaan Allah SWT bahawa dia akan menyesatkan anak-anak keturunan Adam. ✓ Orang yang beriman hendaklah berwaspada bahawa iblis ini merupakan musuh kita. Jangan sekali dijadikan iblis itu kawan atau sahabat. ✓ Nafsu jahat didalam diri kita merupakan godaan iblis. Perlulah melawan kehendak nafsu tersebut. ✓ Allah SWT juga menyatakan bahawa anak anak keturunan Adam AS akan diampunkan dosa jika mereka memohon bersungguh sungguh. ✓ Iblis laknatullah pada mulanya menggoda manusia melakukan dosa-dosa yang kecil. Kemudian digodakan untuk melakukan dosa yang besar pula. Tipu helah iblis membuat manusia melihat bahawa perbuatan maksiat yang itu baik. Helah demi helah dilakukan keatas manusia. ✓ Orang yang beriman hendaklah sentiasa memohonkan keampunan daripada Allah SWT. Insyaallah jika dilakukan secara jujur akan diampunkan. ✓ Iblis ini dia tidak akan berhenti mengganggu manusia hinggalah dia menemui ajalnya. ✓ Dizaman Nabi Musa pengikutnya b...

Ustaz Shamsuddin 200419

Kuliah Subuh ✓ Nur iman itu datang dari dalam sesaorang mukmin. Terbit dari hati. ✓ Orang yang dikasihi Allah SWT, seperti para wali Ullah, orang-orang soleh itu Nur iman nya datang daripada Allah SWT. Perkara yang Ghaib. ✓ Nur YAKIN. Merupakan cahaya iman. Hatinya dapat melihat kebesaran Allah SWT serta keluhuran budi dan pekerti Rasulullah SAW. Mereka juga kuat imannya akan apa yang diturunkan Allah SWT didalam Al Quran. Nur Islam. ✓ Nur IMAN, tingkatan yang lebih tinggi daripada Nur YAKIN. Peningkatan ini dicapai oleh mereka yang menjaga keyakinan dan amalannya kepada apa yang diwahyukan Allah SWT kepada baginda Rasulullah SAW. ✓ Nur IHSAN, tingkatan yang paling tinggi. Pencapaian oleh mereka yang beristiqamah dalam mengerjakan ibadat kepada Allah SWT. Lidah dan hatinya sentiasa berzikir kepada NYA. Cahaya hatinya terang serta jelas akan kebesaran Allah SWT. Hidup dan matinya semata-mata kerana hendak beribadat kepada Allah SWT. Kezuhudan nya tinggi, dimana keinginan kepada kesenang...

Ustaz Abdul Mujib 170419

Kuliah Maghrib ✓ Terdapat beberapa hadith yang menyatakan majlis ilmu itu seperti taman syurga. ✓ Allah SWT mentakdirkan kita memasuki majlis ilmu merupakan tanda tanda yang DIA hendak membuat kita orang yang baik. ✓ Kelebihan majlis ilmu       • Menjauhkan dari kemurkaan NYA       • Mempertingkatkan iman dan kemuliaan       • Menjauhkan mereka dari berdosa       • Mendekatkan diri dengan Jannah ✓ Niat untuk menghadiri majlis ilmu      • Mengharap keredhaan Allah SWT      • Mendapat ganjaran diakhirat      • Membuang kejahilan dalam diri      • Menyebarkan ilmu kepada orang lain      • Menangkan Islam ✓ Persoalan diakhirat      • Umur kita dihabiskan bagaimana?      • Ilmu yang dipelajari disebarkan kah?      • Harta yang belanjakan dimana?      • Kesihatan tubuh apakah usahanya? ✓ Diakhir zaman ini ilmu akhirat kurang minatnya orang ramai. Kerana itulah terdapat banyak permasalahan didalam masyarakat. Maksiat berlebih-lebihan. ✓ Wajib belajar fardhu Ain       • Ilmu Syariat       • Il...

Ustaz Shamsuddin 140419

Kuliah Subuh ✓ Orang yang beriman, sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah SWT...       • Semasa senang       • ataupun semasa susah ✓ Hati mereka bercahaya dengan ilmu pengetahuan, tauhid dan Ma'rifah kepada Allah SWT ✓ Sinar iman mempengaruhi sikapnya terhadap apa yang terjadi disekelilingnya      • Melihat akan kebaikan ciptaanNYA      • Tidak melihat keburukan/ maksiat      • Pendengaran/ percakapan yg baik      • Budi pekerti yang mulia ✓ Sebaliknya orang yang beriman yang banyak melakukan dosa...      • Tiada cahaya keimanan      • Budi pekerti buruk      • Menderhaka kepada Allah SWT      • Perlu jauh dari dosa untuk kembali ✓ Apabila mata hati sesaorang yang beriman bercahaya maka ia dapat melihat banyak perkara yang lebih luas dar...

Ustaz Dr Shihabuddin 110419

Kuliah Maghrib ✓ Rasulullah SAW Beristighfar setiap hari. Ada riwayat menyatakan 70 kali ada yang menyatakan 100 hari. Maka beristighfar itu merupakan sunnah baginda yang baik dilakukan. ✓ Orang yang memperbanyakkan beristighfar dijauhi Allah SWT daripada sakit dan penyakit. Atau diberi kekuatan untuk bersabar menghadapi penyakit. Serta redha dengan ketentuan Allah SWT. ✓ Didalam menghadapi berbagai jenis dan sebab penyakit. Ada yang sakit yang didapati kerana cara hidup sendiri. Ada yang sebab faktor keturunan. Ada yang sakit yang berjangkit. Ada yang datang dari faktor ghaib atau emosi. Ada yang diakibatkan fikiran yang terganggu. ✓ Orang yang beriman hendaklah bersabar menghadapi masalah...        • Berusahalah mencari penyelesaian        • Dekatkan diri dengan Allah SWT        • Serta memperbanyakkan istighfar        • Bertawakal kepada Al...

Ustaz Ghazali Omar 100419

Kuliah Maghrib ✓ Didalam pengajian Islam ilmu batin adalah ilmu untuk mensucikan ruhani sesaorang mukmin ✓ Bidang hal mensucikan ruhani adalah didalam pengajian tasawuf. Belajar ilmu fiqh sahaja tidak mencukupi. ✓ Perlu mengetahui rahsia mengerjakan amalan soleh. Tahu apa kesannya kepada jiwa sesaorang mukmin. Contohnya solat, seorang mukmin perlulah tahu apa kelebihan melakukan solat kedalam jiwa mukmin. Ketenangan yang dirasai... ✓ Ruhani akan menjadi lebih komited jika selalu diperingatkan tentang fadhilat melakukan sesuatu ibadah dengan penuh ikhlas dan tertib. ✓ Begitu juga ancaman siksaan keatas sesaorang yang melakukan dosa. Dia akan memberi kesan untuk tidak berani melakukan dosa dimasa hadapan. ✓ Hati akan berkesan bila selalu diajar Al Quran Dan hadith. Ayat ayat nya akan melembutkan hati orang yang mendengarnya. ✓ Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya dengan secara penuh kebijaksanaan. Sehingga mereka yang asalnya mempunyai keperibadian yang kas...