Posts

Ustaz Yahaya 310819

Kuliah Maghrib ✓ Hari ini rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke 62. Bagi orang yang beriman merdeka mungkin berbeza aspeknya. ✓ Merdeka bagi orang beriman adalah kebebasan daripada dibelenggu oleh kuasa manusia kepada hukum yang paling adil iaitu hukum Allah SWT. ✓ Ramai manusia hidupnya didunia ini berasaskan materialistik semata mata. Dunia memerangkapnya dengan kehidupan yang tidak kekal bahagianya. Mereka tidak ada visi hidup sesudah mati. ✓ Bagi orang yang beriman hidup didunia ini adalah jambatan kepada hidupnya sesudah mati. Alam akhirat yang diimpikan. Mengharap Allah SWT merahmati segala usaha untuk melepasi ujian NYA di dunia ini dengan ganjaran syurga. Serta menjauhi dirinya daripada siksaan api neraka. ✓ Kehebatan syurga yang diimpikan adalah selepas hidup didunia ini dapat hidup didalamnya yang mana dia dapat melihat dan bersama dengan Allah SWT setiap hari. Kembali ke rahmatullah. ✓ Kehidupan didunia ini bagi orang beriman merupakan satu tempat yang diuji. Bo...

Ustaz Al Kelantani 310819

Kuliah Subuh ✓ Banyak perkara yang terjadi didalam hidup kita sekarang menunjukkan bahawa dunia sudah sampai ke akhir zaman. Dunia sudah tua. Hari akhirat semakin dekat. ✓ Persiapan orang yang beriman menghadapi dunia ini adalah membuat satu perjanjian dengan diri kita. Bebaskan diri daripada penyakit hati. Bersihkan hati daripada segala jenis kotor dan racun. ✓ Hati jadi kotor apabila kita banyak berbicara dengan perkara yang sia- sia. Bertutur perkara yang lagha. Menghabiskan masa berborak. Tetapi tidak meluangkan masa dengan membaca Al Quran. Faham akan maknanya dan berusaha bersungguh sungguh untuk mengamalkan ajarannya. ✓ Al Quran merupakan sumber utama untuk membersihkan hati. Segala masaalah kita dapat penyelesaian terdapat didalam nya. ✓ Ulama' juga menyatakan hati kita jadi kotor adalah makan secara berlebih-lebihan. Orang yang beriman hendaklah mengikut sunnah Rasulullah SAW didalam cara makan. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. ✓ Hati juga jadi kotor apabi...

Ustaz Ma'had Tahfiz 260819

Kuliah Maghrib ✓ Rasulullah SAW berpesan kepada Omar bin Salamah adab makan. Bermulalah dengan Basmallah. ✓ Sahabat Baginda SAW Abu Salamah dan isterinya  Ummu Salamah berkorban yang cukup besar ketika berhijrah ke Madinah. Terpaksa berpisah dengan anak anak mereka kerana menegak Islam. ✓ Setelah Abu Salamah meninggal dunia isterinya dikahwinkan dengan Rasulullah SAW. ✓ Anak tiri Baginda SAW bernama Zainab Abu Salamah hidup panjang. Tetapi hingga usia yang tua dia tetap anggun dan cantik. Ini kerana Rasulullah SAW telah meringgiskan air keatas wajahnya. Ini merupakan satu daripada mukjizat Baginda SAW. ✓ Ada para sahabat yang bersentuh kulit dengan Rasulullah SAW. Kewangian peluh Baginda melekat keatas kulitnya. Baunya lebih wangi daripada kasturi. Keharuman itu kekal hinggalah dia meninggal dunia. ✓ Sahabat Anas Abdul Malik didoakan Rasulullah SAW agar Allah SWT melapangkan rezki, memperbanyak anak cucu dan panjang umur. Dia merupakan sahabat yang terakhir hidup, mempunyai harta yang ...

Ustaz Ahmad 240819

Kuliah Subuh ✓ Didalam Surah AL Baqarah manusia digolongkan kepada tiga. Orang yang beriman, Orang yang Kafir, dan Orang yang munafik. ✓ Apabila manusia mati, mereka digolongkan kepada dua. Orang yang mati ketika beriman, Orang yang mati ketika mereka tidak beriman. ✓ Didalam Surah AL Nahhl ayat 27. Kemudian pada hari kiamat, Allah menghinakan mereka (dengan azab seksa) sambil bertanya: "Mana dia sekutu-sekutuKu yang kamu berperi-peri memusuhi (Nabi-nabi dan orang-orang yang beriman) untuk membela mereka?" (Pada ketika itu) berkatalah orang-orang yang beroleh ilmu pengetahuan: "Sesungguhnya kehinaan hari ini dan azab seksa, adalah tertimpa kepada orang-orang yang kafir; ✓ Didalam surah diatas Allah SWT menghina orang orang yang tidak beriman dengan azab seksa. ✓ Orang yang tidak beriman itu siapa? Dijawab didalam Surah An Nahl Ayat 28... (Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka menganiaya diri sendiri (dengan kekufurannya)." Lalu merek...

Ustaz Mohd Zamri Unisel 220819

Kuliah Maghrib ✓ Umat Islam hendaklah bersatu. Berjemaah itu tujuannya adalah untuk menyatu padukan ummat bersolat bersama sama. ✓ Berdakwah memerlukan berterus terang. Terutama didalam hukum hakam didalam syariat Islam. ✓ Ahli Sunnah Waljamaah merupakan satu-satunya golongan yang berpegang kuat dengan prinsip agama yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. ✓ Diakhir zaman ini umat Islam berpecah belah. Berbagai kumpulan. Ada hadith yang menyatakan perpecahan sebanyak 72 kumpulan. Yang benar adalah golongan Ahli Sunnah Waljamaah. ✓ Jemaah Islam bermula daripada kepimpinan negara dan masyarakat. Pemimpin yang baik, disayangi oleh masyarakat. Mengerjakan solat berjemaah terutama solat subuh bersama sama masyarakat. ✓Contoh kepimpinan yang baik dinegara Islam adalah Kerajaan Turki. Presidennya dihormati rakyat kerana kuat menegakkan Islam. Pemimpin perlulah jujur didalam apa sahaja janji. ✓ Didalam bab perniagaan umat Islam perlulah menegakkan hukum hakam bab jual beli. Memastikan barangan y...

Ustaz Ahmad Hakimi 200819

Kuliah Maghrib ✓ Para guru menasihatkan anak buahnya agar mati didalam keadaan baik. " Mati sesaorang itu sebagaimana dia mengendalikan hidupnya" ✓ Saidina Uthman Bin Affan menyatakan ada  perkara yang orang beriman menghadapi ketakutan. ✓ Dimasa menghadapi kematian Allah SWT menarik balik keimanan sesaorang yang beriman. Ini merupakan satu bencana bagi sesaorang yang beriman. Semasa menghadapi sakaratul maut syaitan datang untuk mengganggu kita. Dia memujuk kita agar menyembahnya. ✓ Kisah pendita yang digoda oleh iblis hingga dia akhirnya berzina, membunuh dan akhir sekali menyembah iblis... ✓ Iman ini tidak dapat dijual beli. Ramai orang yang kaya dan berkuasa mati ketika mereka menderhaka kepada Allah SWT. ✓ Malaikat ada yang mencatit setiap amalan kita. Ada yang mencatit yang baik. Ada yang mencatit yang jahat. Bagi orang yang beriman mereka merasa takut yang segala keburukan dosa yang dicatatkan diketahui umum dihari akhirat kelak. Terdedahnya dosa didunia ini lebih baik...

Ustaz Rahmatullah 190819

Kuliah Maghrib ✓ Rasulullah SAW mengesyorkan para sahabat melakukan solat malam di rumah masing masing. Ini kerana baginda kuwatir yang solat malam ini akan diwajibkan. ✓ Tetapi apabila sahabat melakukan nya di rumah masing masing didapati ramai yang kurang bersemangat dilakukan. Maka baginda memanggil para sahabat untuk menceritakan akan kelebihan solat malam. ✓ Selepas itu para sahabat pun tekun melakukannya. Baginda menyatakan bahawa solat malam yang elok sekali adalah yang berdiri lama. Baginda membaca ayat Quran dengan panjang dan perlahan-lahan. ✓ Isteri Rasulullah SAW bernama Zainab berdiri dengan lama apabila solat diwaktu malam. Kerana terlalu mengantuk beliau berpaut dengan seutas tali yang diikat ditiang masjid. ✓ Setelah Baginda melihat perbuatan tersebut maka disuruh para sahabat melepaskan ikatan tali tersebut. Disarankan semasa solat berdirilah dengan keadaan yang selesa. Untuk mengekal tenaga untuk bersolat malam adalah dengan tidur sekejap diwaktu siang sebelum Zuhur. ...