Ustaz Rahmatullah 140823

Kuliah Maghrib

• Orang yang beriman hendaklah berwaspada daripada melakukan dosa-dosa kecil. Kerana lalai daripada melakukan taubat jika telah terlanjur melakukan dosa.

• Berbeza dengan dosa besar. Ramai yang bertaubat secepat yang mungkin apabila terlanjur melakukan.

• Andainya seperti bandingan seekor singa dan seekor serigala. Ramai yang takut dengan singa. Tetapi kurang takut dengan serigala. Tetapi jika serigala itu banyak ekor, maka itu sama bahaya dengan seekor singa.

• Suatu hari, selepas Perang Hunain, Rasulullah SAW bersama sahabatnya singgah di suatu tempat yang sangat tandus. Ketika itu Rasulullah SAW memerintahkan para sahabatnya mengumpulkan apa saja yang ada di sekeliling mereka.

Dengan segera para sahabat mencari benda-benda di sekeliling mereka, mulai dari ranting kayu, tulang belulang, hingga rontokan gigi hewan. Dalam waktu sekejap mereka berhasil menghimpun barang-barang tersebut sampai menumpak menjadi tumpukan besar.

Rasulullah SAW melihat tumpukan besar itu, kemudian beliau bersabda, ''Apakah kalian melihat benda-benda ini? Ketahuilah, ia sama halnya dengan dosa-dosa yang terkumpul pada diri seseorang di antara kalian. Oleh karena itu, hendaknya seorang muslim takut kepada Allah. Janganlah berbuat dosa, baik kecil maupun besar karena semuanya akan dihitung dan diminta pertanggungjawabannya.''

Menurut beliau, dosa kecil yang terus dilakukan akan bertumbuh ruah bagai tumpukan besar seperti gunung, sehingga memerlukan usaha ekstrakuat untuk menyingkirkannya. Tumpukan dosa ibarat kobaran api. Kobaran api itu awalnya hanyalah berupa percikan api. Ia menjadi kobaran hebat jika dibiarkan, tidak dipadamkan. Percikan api lebih mudah dipadamkan daripada ketika telah menjadi kobaran hebat. 

Demikian halnya dosa kecil, ketika masih sedikit lebih mudah dihapuskan daripada ketika telah menjadi tumpukan besar dosa. Oleh karena itu, terapi yang Rasulullah SAW ajarkan pada kita sebagai pengikutnya adalah agar kita sedapat mungkin menjauhi dosa kecil, apalagi dosa besar. Jika kita telah melakukan dosa sekecil apa pun, beliau mengajarkan agar kita bertobat atasnya, kemudian mengikutinya dengan amalan kebaikan yang dapat menghapuskannya.

(https://khazanah.republika.co.id/berita/q7lsdl320/permisalan-dosadosa-kecil-yang-ditumpuk-menurut-rasulullah)

• Apabila mendapat satu nikmat yang kecil. Jangan dilihat nikmat itu tetapi lihatlah kebesaran pemberi nikmat itu.

• Begitu juga bila melihat satu dosa kecil. Jangan dilihat kecilnya perbuatan itu. Tetapi lihatlah betapa besar siapa yang membuat hukum tersebut.

• Beza sekali orang yang beriman melihat dosa kecil jika dibandingkan dengan orang yang kafir. Orang yang beriman akan cuba menghindarkan dari dosa kecil. Tetapi orang kafir memandang sepi sahaja akan dosa kecil.

• Dosa kecil jika dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar. Maka perlulah setiap orang mukmin melakukan istighfar setiap waktu.

• Orang yang biasa melalukan dosa kecil, lama kelamaan dia akan melakukan dosa besar. Malah dosa besar itu menjadi sebagai perbuatan yang biasa sahaja.

• Oleh demikian orang yang selalu melakukan dosa kecil itu lebih parah jika dibandingkan dengan dia melakukan satu dosa besar.

• Jika dosa kecil itu diibaratkan sebagai setitik air jika ia jatuh keatas batu, perlahan lahan berterusan akan membuat lubang keatas batu itu. Tetapi jika dosa besar diibaratkan sebagai air didalam tempayan yang besar, jika dicurahkan keatas batu tidak akan membuat lubang keatas batu tersebut.

• Begitulah hati sesaorang. Jika melakukan dosa kecil berterusan maka itu akan memberi kesan keatas hati sesaorang itu.

• Bagi seorang yang beriman hendaklah dia hindarkan melalukan dosa kecil secara berterusan dan bersegera beristighfar.

• Wassalam.


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914