Ustaz Syukri 050823

Kuliah Subuh

• Melakukan sesuatu amalan hendaklah dijauhi dari sifat riak.

• Orang yang melakukan amalan dengan tujuan untuk menunjuk kepada orang ramai, Allah SWT akan membuka aibnya.

• Diakhirat nanti sesiapa yang melakukan amalan dengan riak nanti pada hari akhirat kelak akan dapati amalan itu ditolak.

• Riak merupakan satu amalan yang dilakukan untuk dipuji oleh orang-orang lain. Bukan kerana Allah SWT.

• Orang yang beriman apabila dia melakukan amalan tujuan perbuatan tersebut adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Bukan untuk dipuji oleh manusia.

• Baginda Rasulullah SAW menyatakan bahawa melakukan riyak bersamaan dengan syirik kecil.

• Fitnah riyak lebih berat daripada fitnah dajjal diakhir zaman nanti.

• Perlulah dijaga amalan amalan sunat dilakukan dengan baik. Jauhi daripada sifat riyak. Malah digalakkan solat sunat itu dilakukan di rumah sendiri. Jika rumah itu berdekatan dengan masjid.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914