Ustaz Azman 200823

Kuliah Subuh

• عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَوْصِنِيْ ، قَالَ : (( لَا تَغْضَبْ )). فَرَدَّدَ مِرَارًا ؛ قَالَ : (( لَا تَغْضَبْ )). رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ

Artinya: "Dari Abu Hurairah RA bahwa ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi SAW, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda Nabi SAW: "Janganlah engkau mudah marah." Maka diulanginya permintaan itu beberapa kali. Sabda beliau, "Janganlah engkau mudah marah." (HR Bukhari).

• Marah itu boleh dihimpunkan segala kejahatan. Kerana punca yg sedikit boleh membawa kemaksiatan.

• Ada orang yang apabila marah dia hilang kewarasan. Ada kala yang hilang keimanan. Kerana marah dia sanggup mengamalkan sihir. Jumpa bomoh dan terpalit dengan perbuatan syirik.

• Apabila marah Rasulullah SAW ajarkan para sahabat mintalah perlindungan Allah SWT daripada syaitan yang menyesatkan dengan melafazkan "Aa'uzubillahiminassyaitonirrojim" yang bermaksud "Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam". Ini kerana syaitan sentiasa menyuruh manusia melakukan sesuatu perkara yang di luar fitrah manusia.

• Diam ketika marah dapat mengelakkan kita berkata sesuatu yang tidak sepatutnya.

Sabda Rasulullah: Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaknya berkata baik atau diam. - [HR Ibn Majah 3961].

• Marah itu daripada syaitan. Tatkala sesaorang itu marah maka syaitan akan bersamanya. Ada seorang yang memarahi Saidina Abu Bakar, dia diam sahaja. Rasulullah SAW ada disampingnya. Tetapi bila orang itu memarahinya beberapa kali, Saidina Abu Bakar menjawab. Ketika itu Rasulullah SAW bangun dan beredar daripada tempat itu. Bila ditanya kenapa Baginda bangun, dia menyatakan apabila Abu Bakar menjawab syaitan ada bersama-sama ketika itu.

• Orang yang beriman hendaklah banyak bersabar dan menjauhi daripada sifat marah.

• Wassalam.
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914