Ustaz Suhaimi 260823

Kuliah Subuh

• Surah Al Ahzab
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اتَّقُوا اللّٰهَ وَقُوْلُوْا قَوْلًا سَدِيْدًاۙ
70. Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara),

يُّصْلِحْ لَكُمْ اَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْۗ وَمَنْ يُّطِعِ اللّٰهَ وَرَسُوْلَهٗ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيْمًا
71. Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.

• Bagi keluarga muslim hendaklah berusaha mempertingkatkan iman. Agar seisi keluarga hidup dan mati didalam keredhaan Allah SWT.

• Berdoalah kita agar dijauhi ahli keluarga kita daripada melakukan sesuatu yang membawa kepada kekafiran. Ada yang tersesat yang menyatakan Allah itu adalah Muhammad. Ada yang percaya yang Muhammad itu tidak wujud.

• Semua ajaran yang sesat itu berpunca daripada kurangnya ilmu didalam bab agama. Jika tidak bertaubat sebelum mati maka dia akan mati sebagai orang yang kufur kepada Allah SWT.

• Sebagai seorang yang beriman perlulah dia faham bahawa ada beberapa peraturan yang hendak dipatuhi mengenai kekeluargaan.

• Ada beberapa golongan orang yang tidak boleh dinikahi. Termasuk anak saudara dari keluarganya sendiri.

• Haram dikahwini selama-lamanya. Mereka merupakan mahram seseorang itu.
- Ibu saudara dan bapa saudara.
- Nenek dan Datuk
- Anak dan cucu
- Adik beradik sebapa dan seibu
- Anak saudara sendiri

• Surah An Nisa ayat 23. Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914