Ustaz Yusof 060823

Kuliah Subuh

• Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

• Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya di antara manusia ada orang yang menjadi pembuka pintu kebaikan dan menutup pintu keburukan. Dan sesungguhnya di antara manusia ada yang menjadi pembuka pintu keburukan dan menutup pintu kebaikan. Beruntunglah orang yang Allah jadikan dirinya sebagai pembuka pintu kebaikan melalui tangannya. Dan celakalah orang yang menjadi pembuka pintu keburukan melalui tangannya." (HR. Ibnu Majah no. 237 – Status: Hadis Hasan)

• Orang yang beriman perlulah yakin akan kehidupan selepas mati.

• Surah Al Furqan ayat 63. Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; 64. Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,65. Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan 66. Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk";

• Orang yang beriman perlulah menjaga dirinya dan keluarganya daripada terjerumus ke dalam api neraka di akhirat kelak. Neraka itu sungguh dahsyat sekali. Tidak dapat digambar dengan fikiran.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914