Ustaz Shamsuddin 190823

Kuliah Subuh

• Orang yang beriman perlulah menjaga dirinya daripada godaan syaitan. Ia tidak pernah berhenti daripada mengganggu manusia terutama yang beriman.

• Perlulah orang beriman melawan gangguan syaitan dengan mengingati Allah SWT.

• Malah syaitan itu satu ujian besar bagi manusia didunia ini. Dia menggunakan nafsu untuk melalaikan manusia daripada taat kepada Allah SWT.

• Orang yang beriman perlulah yakin bahawa syaitan dijadikan Allah SWT sebagai menguji manusia. Ia merupakan ujian yang besar.

• Tipu dayanya syaitan adalah untuk melalaikan manusia daripada mengingati Allah SWT. Ia melakukan perbagai cara secara berterusan tanpa tidur.

• Apabila sesaorang itu lalai akan mengingati Allah SWT maka mulalah syaitan membuat hati manusia was-was. Apabila orang itu mula kembali kepada mengingati Allah SWT maka syaitan itu akan undur.

• Surah Hijr

Ayat 39. Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

Ayat 40. "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

Ayat 41. Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

Ayat 42. "Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

Ayat 43. "Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu).

• Berzikir kepada Allah SWT adalah cara orang- orang yang beriman menjauhkan diri daripada gangguan syaitan.

• Syaitan tidak mampu mempengaruhi manusia ketika dia sedang berzikir kepada Allah SWT. Tetapi bila dia lupakan Allah SWT maka syaitan akan masuk menggangu hati manusia.

• Surah Najl ayat 99. Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.

• Manusia dijadikan Allah SWT mempunyai nafsu. Syaitan menggunakan nafsu sebagai pintu memasuki hati manusia supaya melakukan perkara yang mengingkari perintah Allah SWT.

• Fitrah manusia dijadikan Allah SWT untuk selalu patuh dan tunduk kepada keagungan NYA. Tetapi nafsu berkehendak agar manusia turun kepada lembah maksiat. Bertentangan dengan fitrah manusia.

• Bahayanya nafsu kepada manusia adalah dia berada didalam dirinya. Musuh yang datang dari dalaman serta musuh yang ada di luaran yang sentiasa berusaha untuk melalaikan manusia daripada mengingati Allah SWT.

• Baginda Rasulullah SAW mengatakan bahawa melawan nafsu merupakan jihad yang besar.

• Orang yang beriman hendaklah mengasingkan diri (khalwa) daripada hadir ditempat yang menggoda diri untuk mencintai kemanisan hidup didunia ini yang bercanggah daripada perintah Allah SWT.

• Hawa pula membisik kedalam hati manusia untuk menginginkan sesuatu yang sedap dari segi fizikal dan emosi.

• Ingin makanan yang sedap. Inginkan harta yang banyak, inginkan teman yang cantik, inginkan anak yang banyak. Serta banyak lagi keinginan duniawi. Jika diikutkan segala keinginan ini akan membawa manusia lalai daripada mengingati Allah SWT.

• Hawa, Nafsu dan syaitan merupakan penipuan duniawi. Ujian yang besar kepada manusia. Hanya dengan mengingati Allah SWT sahajalah jalan untuk melawan.

• Wassalam.


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914