Ustaz Mustaffa Kamal 290823


Kuliah Maghrib

• Wahsyi pernah menulis surat kepada Baginda Rasulullah SAW untuk memeluk Islam. Tetapi dia khuatir yang Allah SWT tidak mengampun dosanya yang membunuh Saidina Hamzah didalam perang Uhud.

• Peristiwa itu menyayatkan hati Baginda SAW setelah melihat keadaan mayat bapa saudaranya itu.

• Baginda Rasulullah SAW menyatakan kepada Wahsyi yang Allah SWT mengampunkan dosanya apabila dia memeluk Islam. Tetapi oleh kerana Baginda masih teringatkan peristiwa pembunuhan Saidina Hamzah maka diminta agar Wahsyi menjauhkan diri daripadanya.

• Setelah wafat Baginda Rasulullah SAW timbul orang yang mengaku seorang Rasulullah. Musailamah di Yamamah itu orang nya. Malah ada seorang sahabat Rasulullah SAW juga murtad bersama Musailamah.

• Saidina Abu Bakar ketika itu menjadi Khalifah. Baginda telah menghantar tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Al Waleed. Wahsyi turut bersama tentera Islam. Dia berazam untuk menebus pembunuhan Saidina Hamzah.

• Didalam peperangan tersebut tentera Islam berjaya. Malah Wahsyi berjaya membunuh Musailamah Al Kazab.

• Setiap orang yang beriman hendaklah sedar bahawa yang penting menjaga iman agar berkekalan hingga ke akhir hayat.

• Mohonlah keampunan daripada Allah SWT apabila melakukan kesalahan. Jangan tunggu lama-lama. Mohonlah secepatnya yang mungkin.

• Iblis berjanji akan menyesatkan umat mukmin. Maka seorang yang beriman perlulah sentiasa berwaspada kerana dia akan cuba menyesatkan iman sehingga diakhir hayat.

• Mohonlah ampun keatas dosa dosa yang telah dilakukan. Sama ada dosa kecil atau dosa besar. Dosa kecil mohonlah keampunan. Tetapi dosa besar ada beberapa syarat untuk diampunkan. Seperti menyesal dan berazam tidak mengulanginya lagi.

• Wassalam.
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914