Ustaz Shamsuddin 130823

Kuliah Subuh

• Segala ujian didalam hidup ini datangnya daripada Allah SWT. Termasuklah ujian yang diterima daripada gangguan manusia.

• Orang yang soleh apabila berhadapan dengan permasalahan dengan manusia yang mengganggu kesejahteraan hidupnya, dia kembali kepada Allah SWT.

• Apa sahaja gangguan yang diterima akan membuat orang yang beriman bertambah dekat dengan Allah SWT.

• Gangguan itu dibaliknya merupakan satu kebaikan. Kerana peristiwa tersebut membuat seseorang itu kembali bergantung kepada Allah SWT.

• Yakin bahawa apa sahaja yang terjadi keatas diri sesaorang itu dengan izin Allah SWT. Mungkin masalah itu kita anggap buruk tetapi sebaliknya ia menjadi satu kebaikan bagi diri kita.

• Orang-orang yang soleh bila mengalami gangguan manusia seperti cercaan dan penghinaan, mereka yakin itu adalah diatas kebenaran NYA. Sebagai satu teguran supaya dia kembali kepada NYA. Pasti ada sesuatu yang kurang didalam amalannya yang perlu dibaiki.

• Bagi orang yang beriman apa sahaja masalah dianggap sebagai ujian didalam kehidupannya ini. Ujian ini terjadi dengan izin Allah SWT. Supaya orang yang beriman menghadapi ujian itu dengan sabar dan kembali memohon perlindungan NYA.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914