Ustaz Luqmanulhakim 080823

Kuliah Maghrib

•  Allah SWT akan mempermudahkan jalan menuju ke syurga sesiapa yang selalu hadhir kemajlis ilmu.

• Orang yang beriman perlulah mempertingkatkan amalan yang membawanya kepada kebahagiaan di akhirat nanti.

• Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat memperbanyak amalan solat malam.

• Para sahabat berlumba lumba mencari keredhaan Allah SWT. Saidina Abu Bakar As-Siddiq infaqkan seluruh hartanya untuk jalan Allah SWT.

• Mereka para sahabat tidak penat untuk melakukan amalan sebanyak yang mungkin hingga ke akhir hayat mereka.

• Baginda Rasulullah SAW menyatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman adalah gempa bumi. Ia akan berlaku sehingga datang satu gempa yang besar yang akan menghancurkan.

• Gempa ini berlaku apabila manusia melakukan amalan-amalan yang mungkar. Perkara yang berlawanan dengan hukum syara'.

• Maksiat berleluasa dizaman ini, serta tidak ada usaha untuk melarangnya. Malah diberi insentif dibawah projek kebudayaan. Manusia cuba melawan hukum NYA, maka pasti menghadapi balasan.

• Gempa bumi dan tsunami terjadi sebagai bala' diatas kejahatan dan maksiat. Dilakukan secara terbuka. Tidak diambil tindakan oleh orang yang beriman dan berautoriti ketika itu.

• Kepercayaan kepada dewa-dewa dan dukun yang amalannya bertentangan dengan ajaran tauhid Islam. Dilakukan oleh masyarakat yang terdapat orang mukmin. Perbuatan ini pernah dilakukan oleh masyarakat Palo di Indonesia. Akibatnya seluruh kampung ditelan tanah. Beratus ribu orang mati.

• Orang yang melakukan amalan yang bertentangan dengan ajaran Baginda Rasulullah SAW pasti akan dibalas didunia dan akhirat nanti. Perkara ini telah terjadi kepada musuh- musuh baginda. Mereka semua bertemu dengan kesudahan yang buruk sekali didunia ini dan diakhirat kelak pasti disiksa dengan siksaan yang tidak terperi sakitnya.

• Orang yang beriman hendaklah sedar serta menjaga dirinya dan keluarganya daripada balasan buruk diakhirat nanti.

• Diakhirat nanti bumi dan isinya akan menjadi saksi akan apa yang manusia lakukan diatas mereka. Yang baik maka bumi dan isinya menjadi saksi akan kebaikan manusia. Sebaliknya jika manusia melakukan maksiat, bumi dan isinya juga akan bersaksi akan kemaksiatan yang dilakukan.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914