Ustaz Dato'Nahrawi 210823

Kuliah Maghrib

• Sabda Rasulullah SAW " tidak akan masuk syurga sesaorang yang ada didalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah".

• Sesungguhnya Allah SWT itu maha indah dan suka kepada keindahan.

• Sekiranya seseorang itu suka akan pakaian dan kasut yang cantik itu tidak berdosa, tetapi yang berdosa jika dia berlaku sombong.

• Sifat sombong dan takabbur itu sifat Allah SWT. Tidak layak seorang manusia berlaku sifat sedemikian.

• Ada seorang lelaki makan di samping Rasulullah SAW dengan tangan kirinya. Lalu Rasulullah bersabda, 'Makanlah dengan tangan kananmu!' Dia menjawab, 'Aku tidak mampu.' Baginda bersabda, Semoga kamu benar-benar tidak mampu melakukannya.' Tidaklah dia enggan untuk makan dengan tangan melainkan kerana kesombongan. Setelah itu tangannya tidak mampu sampai ke mulutnya.

Sahih Muslim (2021)

• Orang yang beriman dilarang makan dengan tangan kirinya. Hendaklah makan dengan menggunakan tangan kanan.

• Setiap larangan Baginda Rasulullah SAW hendaklah dipatuhi.

• Sifat orang ahli neraka adalah mereka yang keras kepala, sombong, suka mengumpulkan harta tetapi tidak suka membelanjakan untuk kebaikan.

• Orang yang keras kepala adalah mereka yang tidak mahu menerima kebenaran. Terutama ajaran Baginda Rasulullah SAW.

• Syurga adalah tempat orang yang pemurah sebaliknya mereka adalah tempat orang yang sombong yang tidak mahu menolong orang, malah memeras orang lain.

• Allah SWT tidak suka kepada orang yang memakai bertujuan bermegah -megah. Memakai pakaian yang mengheret diatas tanah.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914