Ustaz Dr Nizam 120823

Kuliah Subuh

• Syurga dan Neraka adalah hak kepunyaan Allah SWT.

• Tidak siapa yang berhak berjanji sesaorang itu memasuki syurga atau neraka. Melainkan dia mempunyai hujah daripada Nas Al Quran dan hadith Baginda Rasulullah SAW.

• Syurga dan neraka adalah termasuk didalam hal- hal perkara yang ghaib. Hanya Allah SWT sahaja yang mempunyai kuasa diatas nya.

• Rasulullah SAW pernah menegur seorang wanita supaya jangan menyatakan seorang sahabat Baginda sebagai ahli syurga selepas kematian nya. Kerana syurga adalah hak Allah SWT, melainkan ada Nas mengenainya.

• Bersangka baik kepada seseorang yang baik yang dia mungkin masuk syurga dengan izin Allah SWT, dibenarkan. Sebaliknya merasa khuatir yang sesaorang itu akan mendapat siksaan neraka oleh kerana keburukan amalannya juga dibolehkan.

• Anas bin Malik r.a. bercerita, "Suatu hari, satu rombongan pembawa jenazah melintas, kemudian orang-orang memuji kebaikan jenazah itu. Mendengar itu Rasulullah Shalallaahu 'Alaihi Wasallam berkata, 'Pasti.' Lalu satu rombongan lain yang mengusung jenazah juga melintas, dan orang-orang menyebut-nyebutnya keburukannya. Maka Rasulullah Shalallaahu 'Alaihi Wasallam berkata, `Pasti.' Karena penasaran, Umar r.a. lalu bertanya, `Demi Bapak Ibuku wahai Rasulullah, saat melintas satu rombongan yang membawa jenazah lalu orang-orang memujinya dengan kebaikan, engkau berkata, pasti. Kemudian melintas pula rombongan lain yang juga mengusung jenazah, dan orang-orang menyebut-nyebut dengan keburukan, dan engkau pun berkata, pasti.' Rasulullah pun berkata, `Orang yang kalian puji dengan kebaikan, pasti baginya surga. Dan orang yang kalian sebut-sebut dengan keburukan, pasti baginya neraka. Kalian adalah saksi-saksi Allah di muka bumi ini, kalian adalah saksi-saksi Allah di muka bumi ini…' Beliau mengatakan itu sebanyak tiga kali." (HR. Bukhari dan Muslim).

• Syurga dan neraka adalah hak mutlak Allah SWT. Tidak boleh sesaorang bersaksi yang sesiapa pun masuk syurga atau neraka.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914