Ustaz Muhaimin 180823

Kuliah Maghrib

• Orang yang beriman hendaklah menjaga hak Al Quran yang perlu diberi perhatian.

• Adab membaca Al Quran hendaklah diberi perhatian. Terutama dari segi batiniah.

• Al-Quran ini perlulah diberi kedudukan yang tinggi yang ia tidaklah setaraf seperti buku buku ilmiah yang biasa. Ia lebih tinggi kedudukannya.

• Untuk menerima risalah Al Quran secara total memerlukan sesaorang yang batinnya bersih. Hati yang tunduk kepada keagungan dan kebesaran Allah SWT. Sedar betapa besarnya kekuasaan NYA dengan melihat betapa hebat dan ' gigantic' ciptaan NYA. Langit, matahari, bulan, planet-planet, manusia, jin, binatang, serangga, tumbuh tumbuhan dan berbagai lagi yang tidak diketahui oleh manusia. Segala ciptaan itu DIA lah yang memberi rezeki, hidup, dan mati dibawah kuasa NYA. Tuhan yang menguasai hari pembalasan, syurga dan neraka. DLL.

• Iktikad mahzab Sunnah Waljamaah ialah manusia itu tidak putus-putus hubungannya dengan Allah SWT. Dia melihat dan mengetahui apa sahaja yang dilakukan dan difikirkan oleh semua hamba ciptaan NYA. Manusia diberi kuasa untuk memilih jalan yang baik atau jalan yang sesat. Dia telah memberi petunjuk kepada semua manusia. Dari Nabi Adam hinggalah ke Nabi Muhammad SAW.

* Manusia ini kerdil. Sistem kehidupan dan sistem alam sekitarnya berlapis-lapis. Hinggakan kadangkala dia lupa yang segala sesuatu yang berada disekeliling nya adalah ciptaan Allah SWT. Apa sahaja rezeki yang dia nikmati datangnya daripada Allah SWT sahaja. Allah SWT tidak memerlukan sesiapun bersekutu dengan NYA. Memahami hakikat ini seorang mukmin hanya takut dan patuh kepada NYA.

• Orang yang beriman ketika membaca Al Quran tahu dan sedar yang dibacanya adalah kalam Allah SWT. Sekiranya nafsu melalaikan diri sesaorang ketika membaca Al-Quran, maka diketepikan tuntutan nafsu itu. Malah diulangi ayat-ayat tersebut sebagai penghormatan yang tertinggi akan kalam Allah SWT itu. Dia juga membaca dan mentadabbur ' reflection ' ayat ayat tersebut. Agar Al Quran memberi kesan didalam hati.

• Baginda Rasulullah SAW mengulangi ayat-ayat yang dibacanya berkali-kali. Begitu jugalah para sahabat apabila mereka membaca Al Quran. Ada ayat- ayat yang tertentu diulangi serta tangisi kerana kesan mesejnya telah meresap ke dalam hati mereka.

• Wassalam.
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914