AL ISRA' WAL AL MI'RAJ 13/07/2008

Kuliah disampaiklan oleh Dr Syeikh Ahmad Rafiq 'Ajjour- Global Uni Beirut dan diterjemahkan oleh Ustaz Abdul Rashid, Pusat Zakat Selangor

Perjalanan ISRA Rasulullah SAW daripada Masjidil Haram ke Masjidil Baitul Maqdis dengan menunggang Burak. Sejenis tunggangan daripada syuga yang dibawakan olih Jibrail

Baginda melihat dunia ini seakan seorang yang sanggat tua. Melambangkan masanya untuk 'expire' kiamat sanggat dekat. Maka perlulah kita menerima signal ini dengan melakukan persiapan yang rapi untuk menghadapi maut dan akhirat.

Baginda juga didalam isra'nya dilihatkan kubur Mashitah yang sanggat semerbak baunya. Masitah seorang yang beriman kepada Allah SWT di zaman Firaun. Beliau merupakan saorang pekerja istana raja. Dia dan anaknya dibunuh dengan kejam sekali oliih kerana beriman dengan Allah SWT

Mikraj Rasulullah daripada Masjidil Baitul Maqdis ke atas langit melebihi tinkatan tujuh iaitu Sidratul Muntaha untuk menerima kesempurnaan syariat Islam. Disitu Allah SWT memperlihatkan kepada baginda beberapa perkara yang sungguh keajaiban.

Hendaklah difahamkan yang Allah SWT tidak perlu kepada sesuatu tempat seperti manusia. Maka mikrak Nabi SAW dinaikkan untuk memperlihatkan 'message' yang tidak pernah diberikan kepada manusia yang lain. Bukanlah untuk bertemu dengan Allah SWT.

Baginda ditempat mikrajnya berpeluang bertemu dengan Jibril sebagai kejadian aslnya.

Allah SWT menjadikan Araj adalah untuk menunjjukan kepada hambaNya akan kekuasanNYA. Bukanlah tempat duduk Allah SWT. Kerana tuhan tidak perlu kepada apa atau sesiapapun. Jauh sekali tempat untuk duduk.

Allah SWT yang menjadikan makluknya yang berjisim. Maka tidak layaklah Allah itu berjisim. Kerana IA tidak menyamai akan sesiapapun sama ada makluk yang jisimnya bolih dipegang atau tidak.

Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809