Takut kepada Allah SWT

Majlis ilmu yang berbentuk kuliah maghrib ini disampaikan oleh Ustaz Ghazali Hasbullah. Bertempat di Masjid Al Huda, Shah Alam pada 30 hb Jun 2008.

Subjek kuliah ini berkisar didalam bidang Aqidah. Ma'rifatullah. Takut kepada Allah membawa kepada kasih sayang Allah SWT.

• Bangun malam untuk memohon ampun daripada Allah SWT. Beristighfar dengan bersungguh. Ustaz menyarankan seumur hidup beristighfar sebanyak tujuh puluh ribu kali. Semoga hati kita rasa takut menghadapi Allah SWT apabila bertemu dengan Nya.

• Berdamping dengan Allah SWT membuat hati kita takut kepada NYA. Memperbanyakkan kebajikan dan amal solih. Memberi sedekah dan sebagainya adalah cara untuk mendampingi Allah SWT. Contohnya saperti amalan Rasulullah SAW yang banyak kerana tersanggat takut kepada Allah SWT. Kerana itulah baginda di sayangi ALLAH SWT, sehingga diberikan salawat kepada baginda.

Sebelum besurai Ustaz memimpin para hadirin berdoa agar membersihkan hati supaya dapat merasa takut kepada Allah SWT.

Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809