Ustaz Kamarudin 290708

Kuliah maghrib yang membincangkan tafsir Al Quran Surah Al- Kauthar yang membincangkan keutamaan Nabi Muhammad Rasul Habibullah SAW. Dinamai surah ini bersempena nama sebuah telaga di akhirat yang merupakan nikmat Allah SWT kepada kekasihNya Nabi Muhammad SAW.

Surah Al kauthar ini merupakan surah Makaniah yang terpendek didalam Al Quraan selepas Surah Al Adeeyat

Al Kauthar bermaksud nikmat yang melimpah.

Surah ini contrast dengan surah yang terdahulu. Yang menceritakan tentang manusia yang bakhil kepada Allah SWT ia itu mereka yang tidak beribadat kepada Allah SWT.

Ayat ini diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW kerana ketika itu orang orang mushrikin kafirun selalu memandang rendah kepadanya. Kerana orang yang menerima Islam hanyalah yang kedudukan sosialnya rendah. Hamba Abdi dan orang miskin.

Bertentangan betul konsep sosial orang jahiliyah dengan ajaran Islam. Orang muslimin diajar Rasulullah SAW bahawa manusia yang mulia disisi Allah SWT adalah mereka yang bertakwa. Ukurannya bukan kekayaan material dan kebangsawanan.

Tuduhan mereka kepada Nabi Muhammad SAW samalah dengan umat nabi terdahulu yang dicela oleh umatnya. Saperti Nabi Nuh.

Orang kufur juga ketika itu memperkecikan Rasulullah SAW kerana tidak mempunyai zuriat lelaki yang hidup sehingga dewasa. Sehingga mereka sanggup memanggil baginda dengan gelaran yang tidak baik.

Didalam surat ini Allah SWT menyatakan kepada Nabi Muhammad SAW yang diberikan kepada baginda nikmat yang besar.

Para ulamak menyatakan nikmat tersebut adalah:
- Hidayah
- Iman
- Islam

Disisi Allah SWT dunia ini tidak ada nilai. Sekiranya dunia ini bernilai disisi Allah SWT maka tidak akan diberi kepada orang kafir seteggok air.

Akan bersambung dipertemuan akan datang.

Wassalam/

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809