Pesanan yang berguna (KM010708)

Ustaz Ghazali didalam pengajiannya berpesan saperti dibawah.

• Orang yg beriman apabila hendak memulakan sesuatu perbuatan maka hendaklah membaca Bismillah serta Berselawat keatas Nabi SAW. Semoga ucapan tersebut akan diberikan rahmat serta ganjaran keselamatan oleh Allah SWT.

• Sesiapa yang membaca selawat keatas Nabi SAW akan diberikan sepuluh ganjaran.

• Orang Islam hendaklah selalu menghadhiri Majlis- majlis Ilmu serta mendengar kalimah- kalimah Allah SWT dan sabda Rasulullah SAW. Sekurang kurangnya seminggu sekali. Kemudian hendaklah ia mengulangkajinya sebulan sekali atau lebih.

• Hendaklah sesaorang yang mempunyai ilmu mengamalkan akan apa yang telah dipelajarinya.

• Orang yang beriman hendaklah yakin akan pertemuanya dengan Allah SWT . Serta bersiap sedia untuk membawa bekalan yang mencukupi untuk pertemuannya dihari tersebut. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.

• Hidup dan mati ditentukan oleh Allah SWT. Walau pun orang yg kita tinggalkan itu menanggis serta meratap akan pemergian tersebut, Tetapi saat itu tidak dapat disangkal. Oleh demikian hendaklah selalu mengingati diri kepada mati. Disyorkan supaya orang- orang beriman hendaklah rajinkan diri meziarahi serta menolong menguruskan jenazah sesama muslim.

• Kesempatan hidup yang masih ada ini hendaklah digunakan untuk beramal soleh sebanyak banyaknya. Janganlah terpedaya dengan harta dunia. Saolah diri kita akan hidup beratus tahun lagi. Kerana itulah ada orang walaupun tua masih melakukan maksiat.

• Bertaubat lah ~~~

Wassalam
1 hb July 08
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809