Ustaz Ridzuan 180708

Kuliah maghrib di Masjid Al Huda yang banyak sekali memberi nasihat dan peringatan.

Khulwah merupakan satu perbuatan dimana sesaorang itu menyendirikan diri untuk melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT.

Merupakan persiapan untuk hari yang telah ditetapkan iaitu mati. Kubur sedang menanti akan penghunuinya. Sekirannya penghuni itu semasa hidupnya beramal soleh dan mematuhi segala kewajiban dan larangan Allah SWT, maka gembiralah kubur tersebut.

Sekira bakal penghuni kubur itu kembali membawa maksiat dan dosa mengingkari Allah SWT maka rasalah ia akan kebencian kubur. Sempit dan terseksa.

Maka perlulah setiap mukminin membawa amalan soleh yang sebanyak banyaknya untuk dijadikan bekalan untuk berjaya didalam hidup selepas mati.

Pastikan diri terhindar daripada membawa dosa dosa daripada maksiat yang banyak.

Lindungilah diri sendiri dan juga kaum keluarga daripada tercundang didalam kehidupan selepas mati. Janganlah terjerumus kedalam lubang lubang neraka. Nauzubillah.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809