Ustaz Sapidin 160708

Kuliah maghrib ini membincangkan isu kenapa hari ini orang muslim ramai yang 'Keras hati'.

Banyak bercakap selain daripada berzikirrullah akan membuat hati menjadi keras. Maksud Hadith

Orang yg hatinya mati tidak akan merasakan kepuasan hidup. Walaupun mempunyai kekayaan dan kesenangan hidup didunia ini.

Berbeza sekali perasaan orang orang yang solih yang mana merasakan begitu tenang sekali didalam hati dan jiwa mereka.

Bisikan hati yang baik datang dari bisikan Malaikat. Tetapi bisikan jahat itu datang dari bisikan syaitan.

Penawar bagi penyakit hati:

• Membaca Al Quran dan memahami maknanya. Menghayati tafsirnya serta mengamalkannya.

• Selepas membaca Al Quran memohon kepada Allah SWT untuk memberi taufiq dan hidayah.

• Bersolat sunat malam dapat menguatkan jiwa. Amalan ini merupakan ubat hati. Menghubung diri dengan Allah SWT.

• Berhimpun bersama-sama dengan majlis orang orang soleh. Saperti menghaziri diri didalam majlis ilmu.

• Memperbanyakkan berpuasa sunat. Mudah-mudahan di lembutkan hati.

• Berzikir sepanjang malam. Memuji serta bertaubat kepada Allah SWT.

Semoga dengan mengamalkan perkara tersebut Allah SWT memberikan kepada kita kenikmatan mempunyai jiwa yang tenang.

Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809