Perbuatan hasat dan dengki dikalangan ummah

Kuliah subuh ini di sampaikan saperti berikut:

1. Penceramah: Ustaz Yusuf, JAKIM
2. Tempat: Masjid Al Huda
3. Tarikh: 6 hb Julai 2008

• Orang Islam hari ini menunjukkan sikap berdengki sesama orang Islam

• Perbuatan saperti ini amat bercanggah dengan ajaran agama yang berlandaskan kepada Al Quran dan Sunnah.

• Pentadbiran Islam dengan perundangan Syariah sudah cukup untuk membicarakan sesuatu kes dengan adil. Maka tidak perlu sesaorang mukmin itu melakukan fitnah sesama mukmin.

• Penyakit hasrat dengki ini adalah perbuatan di zaman jahiliah dahulu lagi. Perkara sebegini pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW. Perlakuan sebegini saperti mengundang bala' daripada Allah SWT.

• Saperti api yang menjilat kayu api. Itulah bandingan perbuatan dengki.

• Saidatina Aisyah pernah difitnahkan dengan cerita- cerita rekaan yang cuba mempamirkan kejatuhan moral yang tidak sesuai dengan status beliau sebagai isteri baginda Rasulullah SAW. Perkara ini telahpun ditegur Allah SWT didalam Al Quran.

• Orang yang bersikap hasat dengki selalunya tidak senang dengan kejayaan orang lain.

• Bertentangan dengan sikap dan falsafah ajaran Islam yang meminta ummah mengamalkan tingkah laku yang mencerminkan persaudaraan sesama mukmin.

• Kabil membunuh adiknya Habil adalah angkara sifat hasat dengki. Akibat tidak mahu menerima hakikat yang bertentangan dengan kehendaknya sendiri. 'Self - Centric' merupakan satu amalan yang bertentangan dengan carta ummah mukminin yang termaktub didalam kalam Al Quran dan Hadith.

• Ramai orang Islam sudah tahu bahawa perbuatan hasat dengki ini hukumnya haram. Tetapi ilmu yang ada tidak diamalkan. Saperti ada satu 'GAP' didalam apa yang mereka TAHU dengan apa yang di MAHU.

• Islam mendukung KEBENARAN dan menolak KEBATHILAN. Didalam kes yang terbabit dengan hukum hudud maka perlulah mengikut prosidur yang ditetapkan. Contohnya sesaorang yang menuduh orang berzina atau meliwat perlu membawa saksi yang cukup. Kalau tidak ada saksi maka orang yang menuduh bolih dijatuhkan hukuman sebat.

• Islam meminta ummatnya supaya mempertahankan kebenaran. Melindungi orang yang benar daripada diananyai oleh sesiapa pun. Mempertahankan maruahnya daripada dicemarkan olih orang- orang yang berniat jahat, saperti hasat dan dengki.

• Orang yang menghindarkan diri daripada perasaan dan perbuatan hasad dengki akan mendapat ganjaran syurga. Perkara ini telah di kisahkan didalam sebuah hadis. Rasulullah SAW telah menunjjukan kepada para sahabat kepada seorang ahli syurga. Para sahabat selidiki dan mendapati bahawa orang tersebut menghindarkan dirinya daripada Hasat & Dengki.

Wassalam 07:30
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809