ALLAH SWT MEWAJIBKAN MENGIKUTI SUNNAH NABI SAW

Oleh Ustaz Othman Hamzah 170708

Hadith merupakan sumber menjatuhkan hukum oleh para Ulama'.

Sekiranya sesuatu hadith itu yang cukup syaratnya maka wajib dipatuhi.

Apabila tercetusnya sesuatu perbalahan bagi orang mukmin maka hendaklah mereka kembali kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Iaitu kembali merujuk kepada Al Quran dan Hadith.

Orang yang beriman wajib mentaati perintah Rasul SAW. Terdapat banyak perintah ini didalam Al Quran. Mereka belum lagi beriman selagi tidak menerima hukum Rasul SAW

Para sahabat ramai yang menghafal hadith dan seterusnya ramai juga dari kalangan para ulama'

Dari segi prioriti hadis adalah suimber hukum yang kedua selepas Al Quran.

Hahith juga dijadikan oleh ulama untuk memperkuatkan dan memperincikan hukum hakam didalam Al Quran. Contohnya sembahyang itu wajib hukumnya didalam Al Quran, tetapi yang menunjjukkan cara nya dan detail terdapat didalam hadith.

Sekiranya dalil sesuatu perkara tidak ada didalam Al Quran maka Hadith lah yang diambil sebagai sumber hukum. Contohnya haramnya memakai pakaian sutera bagi orang lelaki. Samalah degan hukum memakai cincin emas bagi orang lelaki.

Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809