Kuliah Subuh 20/07/08

Kuliah subuh Masjid Al Huda disampaikan oleh Ustaz Azman dari Nilai NS.

Allah SWT telah menjadikan manusia dengan sempurna secara fizikal dan mental. Dan dihiaskan lagi dengan kecantikan IMAN dan AKAL.

Manusia juga diberikan kemampuan untuk menerima ilmu pengetahuan. Serta dijadikan kemampuan bertutur dengan lidah.

Tiada ucapan yang lebih baik daripada ucapan manusia yang menyuruh orang untuk bersedekah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud yang sedekah itu harus diberikan kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa.

Orang- orang yang tidak bertakwa itu dilaknat oleh Allah SWT dan seluruh mahluk di dunia ini. Sekiranya ia memakan sesuatu, maka benda yang dimakan akan melaknatnya.

Mempunyai ilmu sahaja tidak cukup kalau tidak diamalkan. Orang yang berilmu wajib untuk beramal kerena mereka adalah contoh untuk orang ramai. Terutama sekali para ulama'.

Rasulullah SAW juga menyatakan lidah juga hendaklah digunakan untuk mengajak manusia untuk melakukan kebaikan. Serta mencegah daripada melakukan maksiat. Orang yang beriman wajib menggunakan lidah untuk menyerjakan 'amal makruf wal nahi mungkar'.

Lidah menjadikan manusia berkebolehan untuk bertutur serta berhujah untuk berkomunikasi menyampaikan mesej yang tertentu. Orang beriman mesejnya mengajak manusia untuk beriman dan mendekati Allah SWT. Bagi yang tidak beriman lidahnya akan menyampaikan mesej yang membawa manusia kearah kesesatan dan kemungkaran.

Orang yang beriman henklah menjaga lidah supaya tidak mendapat laknat Allah SWT

Wassalam/

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809