Kuliah Maghrib ✓ Rasulullah SAW mengesyorkan para sahabat melakukan solat malam di rumah masing masing. Ini kerana baginda kuwatir yang solat malam ini akan diwajibkan. ✓ Tetapi apabila sahabat melakukan nya di rumah masing masing didapati ramai yang kurang bersemangat dilakukan. Maka baginda memanggil para sahabat untuk menceritakan akan kelebihan solat malam. ✓ Selepas itu para sahabat pun tekun melakukannya. Baginda menyatakan bahawa solat malam yang elok sekali adalah yang berdiri lama. Baginda membaca ayat Quran dengan panjang dan perlahan-lahan. ✓ Isteri Rasulullah SAW bernama Zainab berdiri dengan lama apabila solat diwaktu malam. Kerana terlalu mengantuk beliau berpaut dengan seutas tali yang diikat ditiang masjid. ✓ Setelah Baginda melihat perbuatan tersebut maka disuruh para sahabat melepaskan ikatan tali tersebut. Disarankan semasa solat berdirilah dengan keadaan yang selesa. Untuk mengekal tenaga untuk bersolat malam adalah dengan tidur sekejap diwaktu siang sebelum Zuhur. ...
Kuliah Subuh Bab hukum hudud; mencuri • Yang dibolehkan menghadapi hukum hudud bagi orang yang mencuri adalah apabila jumlah barang yang dicuri itu bersamaan dengan 4.45 gm atau 1/4 Dinar. • Mencuri yang tidak dikenakan hukum hudud; 1) Mencuri secara khianat. Saperti orang yang memecah amanah. Hukum perbuatannya itu tetap haram, dan dihukum dengan hukum takzir. 2) Orang yang menipu. 3) Mengambil harta orang lain secara paksa. Tidak dikerat tangan, tetapi dikenakan hukuman yang lebih berat. 4) Menyambar barangan orang lain secara lalu. Saperti meragut, menyeluk saku. Boleh ditafsirkan saperti diatas. 5) Mengambil buah didahannya kerana terlalu lapar. Wajib digantikan dengan nilai secukupnya. Jika mengambil buah yang telah dipetik maka jika cukup nilainya maka wajib dihukum hudud. • Tersabit kesalahan mencuri dengan beberapa cara. 1) Penyakuan orang yang mencuri 2) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil. Yang dituduh boleh menolaknya dengan bersumpah didalam mahkamah. • Pencuri ter...
Kuliah Maghrib Unsur harta Baik, mari kita fokus kepada harta 'ainiyyah (المال العيني) dalam Islam. 📌 Maksud Harta 'Ainiyyah 'Ain (العين) bermaksud sesuatu yang wujud secara fizikal dan dapat dilihat atau disentuh. Maka harta 'ainiyyah ialah harta yang berbentuk benda nyata dan mempunyai zat yang kekal. ⚖️ Ciri-ciri Harta 'Ainiyyah 1. Ada bentuk fizikal – boleh dilihat, disentuh dan dimiliki. 2. Boleh dinilai dengan wang – ada nilai ekonomi. 3. Kekal zatnya – tidak hilang serta-merta selepas digunakan (tidak seperti makanan/minuman). 🏡 Contoh Harta 'Ainiyyah Tanah dan rumah. Emas, perak, dan barang kemas. Kenderaan. Peralatan/perabot. Haiwan ternakan. 📊 Perbezaan dengan Harta Manfa'ah Harta 'Ainiyyah → benda itu sendiri (contoh: rumah). Harta Manfa'ah → manfaat daripada benda tersebut (contoh: sewa rumah, guna rumah untuk tinggal). 📜 Hukum Berkaitan Harta 'ainiyyah boleh dijadikan objek akad (jual beli, hibah, wakaf, gadaian, dll). Ia juga te...
Comments