Ustaz Akbar Kinas Al Sabahi 260519

Kuliah Subuh

✓ Allah SWT menjadikan manusia dan jin ada sebabnya. "Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." - Surah az-Zariyat: ayat 56.

✓ Nikmat yang Allah SWT kepada manusia tidak dapat dihitung.

Allah Ta'ala berfirman,

وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. An Nahl: 18)

✓  "Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa". (Surah Al-Baqarah: Ayat 183)

✓ Didalam Al Quran terdapat ayat- ayat yang dimulai wahai orang-orang yang beriman. Bermaksud ditujukan kepada orang yang telah mengangkat syahadah.

✓ Ayat yang memfardhukan puasa dibulan Ramadhan dimulakan dengan seruan " wahai orang-orang yang beriman..." Ini merupakan seruan Allah SWT dengan penuh kasih sayang. Sebab inilah kemungkinan ramai orang datang perpusu pusu kemasjid didalam bulan Ramadhan. Fenomena ini terjadi diseluruh dunia masyarakat mukmin.

✓ Kewajipan berpuasa difardukan bukan sahaja kepada umat Muhammad, tetapi telah difardukan umat nabi nabi dahulu. Supaya mereka menjadi bersih. Agar patuh dan takut kepada Tuhan yang maha besar. Mereka yang mengerjakan ibadah puasa dengan bersungguh sungguh akan kelak menjadi orang yang bertaqwa.

✓ Keajaiban bulan Ramadhan ini Allah SWT jadikan manusia cintakan syiar Islam. Ramai yang rajin kemasjid melebihi daripada bulan bulan yang lain. Ramai bersolat jemaah. Ramai yang membaca Al-Quran. Ramai yang besedekah. Serta memperbanyakkan zikir.

✓ Bagi orang mukmin yang bermastautin didalam sesuatu daerah perlulah berusaha untuk terus mengajak orang ramai meramaikan masjid bukan sahaja dibulan Ramadhan tetapi juga dibulan bulan yang lain.

✓ Orang yang tidak bertaqwa akan menyesal dihari akhirat kelak. Perasaan takut yang amat sangat apabila dipertuntunkan api neraka. Merayu dan merayu kepada Allah SWT. Kesal kerana disia-siakan kehidupan didunia dahulu. Minta untuk dikembalikan kedunia. Tetapi Allah SWT sudah tidak memperdulikan mereka.

✓ Perlulah kita berusaha untuk menjadi orang yang bertaqwa. Mengajak keluarga dan masyarakat agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya.

✓ Wassalam




Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809