Ustaz Shamsuddin 120519

Kuliah Subuh

✓ Peningkatan iman saolah cahaya yang menyinari hati sesaorang mukmin

✓ Allah SWT akan menambah cahaya hati sesaorang yang beramal soleh serta kuat yakinnya kepada perkara yang ghaib sepertimana difirmankan NYA didalam Al Quraan.

✓ Peningkatan sesaorang yang kuat imannya terang mata hatinya. Terang cahaya. Dapat melihat sifat dan kekuasaan Allah SWT. Paradigmanya berlainan dengan orang awam. Dia dapat menginterpretasi sesuatu situasi dalam aspek kerohanian.

✓ Allah SWT menganugerahkan kebolehan kepada hambaNYA untuk melihat sesuatu kejadian didalam aspek yang berlainan kerana mereka itu kuat amalan solehnya. Serta mempunyai akhlaq yang baik kepada Allah SWT, komunitinya dan alam sekitar.

✓ Orang yang beriman yang yakin akan janji-janji Allah SWT dengan sepenuhnya, mereka ini adalah orang-orang yang soleh. Kuat beribadat semata mata kerana menghendaki keredhaan NYA. Kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi akan kecintaan nya kepada dirinya sendiri. Budi pekerti yang tinggi. Paradigma mereka berbeza dengan orang biasa. Setiap apa sahaja sudut pandang mereka akan mengembalikan kesedarannya keatas kebesaran Allah SWT.

✓ Diwaktu malam yang terang cahaya bulannya, sesaorang itu dapat melihat alam sekeliling dengan terang. Cantiknya alam itu jika dibandingkan dengan malam yang gelap. Begitu juga dengan hati seseorang itu. Jika terang hatinya, maka sudut pandangnya berbeza. Dia dapat melihat kecantikan sesuatu kejadian. Baik buruk sesuatu perkara itu diinterpretasikan didalam konteks kebesaran Allah SWT.

✓ Cahaya hati orang- orang yang tinggi tingkatan imannya dengan sendiri dapat melihat kebesaran Allah SWT. Visi hidupnya juga berubah. Tidak perlu dipaksa. Dengan secara natural dia melakukan ibadah kepada Illahi seolah-olah dia dapat melihat NYA.

✓ Manusia ini berbeza cahaya hatinya. Orang yang dapat melihat kebenaran agama Islam itu telah mendapat Nur Islam. Apabila dia kuat amalan solehnya serta makin tinggi yakinnya kepada kuasa Allah SWT itu adalah Nur Iman. Ada juga mereka yang dianugerahkan Allah SWT diberi Nur IHSAN, itulah para wali. Setiap apa perkara dilihat akan kebesaran Allah SWT. Para Nabi pula cahaya hati mereka tingkatan yang lebih tinggi. Keperingkat mukjizat.

✓ Bila Allah SWT kasih kepada sesaorang itu dianugerahkan Nur NYA. Maka berusahalah untuk mendapat kasih sayang NYA.

✓ Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809