Ustaz Nazri 200519

Kuliyah Subuh

✓ Orang yang beriman apabila hendak melakukan amal perlulah ikhlas. Niat yang apa yang dilakukan kerana Allah SWT.

✓ Begitu juga sesaorang yang beriman tidak harus memandang buruk orang lain yang beramal seperti menyatakan orang yang tertentu itu riak...

✓ Apabila hendak melakukan amal soleh perlulah mempunyai kesihatan diri yang baik
serta azam yang kuat. Fokus kepada amalan kerana berkehendakkan keredhaan Allah SWT.

✓ Selalunya untuk melakukan amal ibadah akan timbul berbagai halangan duniawi. Kesibukan itu banyak menghalang diri kita untuk melakukan ibadah. Satu pertembungan yang kuat antara kehendak duniawi dan akhirat.

✓ Beristiqamah didalam ibadah itu susah tanpa pertolongan Allah SWT. Dibulan Ramadhan ini merupakan satu instrumen untuk mendapat rahmat yang luas untuk melakukan ibadah. Banyak ganjaran yang diberikan Allah SWT.

✓ Satu amalan yang baik untuk membolehkan kita beristiqamah didalam ibadah adalah dengan melakukan solat fardhu berjemaah. Banyak ganjaran. Keluasan rezeki dan sebagainya.

✓ Sesiapa yang rajin melakukan amalan soleh dengan berterusan akan dimuliakan Allah SWT. Ramai para ulama' yang dirahmati Allah SWT yang dapat dilihat sebagai contoh kepada komuniti sekeliling.

✓ Sebagai anak yang soleh hendaklah kita jangan melupakan kedua orang ibu bapa. Berdoalah kepada Allah SWT akan kesihatan dan kesejahteraan mereka. Ganjaran kepada orang yang baik kepada ibubapa adalah keluasan rezeki.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809